Dr Shamrahayu
(Gambar Metro)
Dr. Haji Zulkifly Muda
(Gambar Utusan)

Kenyataan media oleh Haji Omar bin Kassim, Pengarah Konvensyen PERTIWI 2018 Merangkap Ketua Biro Islamiyat &
Timbalan Pengerusi Kluster Dakwah
Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA).

1 November 2018

KONVENSYEN PERTAHANKAN WILAYAH ISLAM (PERTIWI) 2018

Buat julung kalinya, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) bersama Majlis Ulama ISMA dan Persatuan Indahnya Islam akan menganjurkan Konvensyen Pertahankan Wilayah Islam (PERTIWI). Konvensyen PERTIWI akan berlangsung pada Sabtu, 24 November 2018 di Dewan Tun Dr Ismail, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Bertemakan “Mendepani Cabaran Dakwah Islam Era Malaysia Baharu”, konvensyen PERTWI bermatlamat untuk memberi pencerahan kepada seluruh masyarakat Islam di Malaysia berhubung ancaman-ancaman pemikiran asing terutamanya liberalisme, dalam masa yang sama, memberi kesedaran kepada seluruh rakyat untuk terus mempertahankan kedaulatan Malaysia sebagai negara Islam.

Konvensyen PERTIWI yang bakal menghimpunkan 1,000 peserta dari seluruh negara ini menampilkan tokoh-tokoh nasional dan serantau yang tidak asing lagi yang akan membincangkan tajuk-tajuk penting bagi umat Islam era Malaysia Baharu hari ini. Tajuk itu ialah:

1. “Menyingkap Sejarah Liberalisme di Malaysia: Dari Merdeka 1957 hingga 2018”,

Advertisement
oleh Muhammad Fauzi Asmuni (Naib Presiden ISMA).

2. “Jaringan Islam Liberal Indonesia: Pengajaran Buat Malaysia”, oleh Bachtiar Nasir (Sekretaris Jeneral Majlis Intelektual dan Ulama Indonesia)

3. “Konsep Kenegaraan: Antara Islam dan Liberalisme”, oleh Mohd Hazizi Abd Rahman (Ketua Penyelidik Pusat Kajian Pemikiran dan Peradaban Ummah) yang juga Ahli Majlis Syura ISMA.

4. “Kajian Orientalis dalam Kerangka Pemikiran Malaysia Baharu”, oleh Dr. Norsaleha Mohd Salleh (Pengarah Institut Kajian Hadis dan Akidah) Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor.

Konvensyen ini juga dirancakkan lagi dengan forum khas, “Malaysia Negara Islam: Wilayah Yang Wajib Dipertahankan” menampilkan tokoh-tokoh termasuk Mufti Negeri Terengganu, Dato’ Dr. Haji Zulkifly Muda, Pensyarah Kanan Kuliah Undang-Undang Ahmad Ibrahim UIAM , Prof. Madya Dr. Shamrahayu Abd Aziz, Ketua Penyelidik Pusat Kajian Pemikiran dan Peradaban Ummah, Mohd Hazizi Abd Rahman. Dipengerusikan oleh Leftenan Kolonel Nazri Musman dari Kor Agama Angkatan Tentera Malaysia.

Yuran pendaftaran RM100. Untuk mendaftar sila layari : https://isma.org.my/kpertiwi2018/

Advertisement
Please follow and like us:

Author / Editor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *