Konservatisme feudal pengaruhi elit Melayu

".......modenisasi dan penjajahan Malaya, walaupun membawa perubahan-perubahan sosial, tidak menyebabkan kejatuhan golongan bangsawan tradisional tetapi sebaliknya memperkukuhkan kedudukannya. Kehilangan kuasa mereka di tangan British telah diganti dengan peningkatan kuasa pentadbiran dan kuasa sosial." - S.H Al Attas"

Pemikiran feudal yang diwariskan kepada orang Melayu ialah setia membuta tuli terhadap golongan elit Melayu. Era neofeudalisme sebenarnya mempunyai pemikiran feudal yang lebih pekat berbanding era feudal sendiri.

Hal ini disebabkan oleh selepas berakhirnya era feudalisme, bermula pula era baru neofeudalisme di mana tempat pembesar-pembesar feudal digantikan dengan golongan elit yang berpengaruh dan berkuasa.