Retrospektif 50 tahun Badan Budaya DBP

Rencana ini telah disiarkan dalam majalah Dewan Budaya edisi November 2017.  Terima kasih Editor Dewan Budaya  Armin Azhari Salleh.

Satu babak daripada teater Sandera arahan A. Wahab Hamzah

Dikira dari pementasan sulung, Tamu Di Bukit Kenny arahan Baha Zain pada 1967, tahun ini Badan Budaya sudah mencapai usia 50 tahun. Sudah 50 tahun jugalah kekecewaan Sasterawan Negara Usman Awang terhadap pupusnya minat khalayak terhadap bangsawan apabila munculnya televisyen pada 1963. Badan Budaya DBP dizahirkan sebagai benteng supaya seni teater tidak turut menjadi mangsa dipinggirkan khalayak dengan adanya media baru yang lebih mempesona sifatnya.

Malaysia selari dengan Al Ghazali?

Buku: Negara Maslahah Dalam Konteks Malaysia

Pengarang: Alies Anor Abdul

Penerbit: UTM dan ITBM

Harga: RM80

Istilah “maslahah” secara ringkasnya bermaksud sesuatu yang membawa kebaikan. Misalnya perjuangan yang membawa kebaikan kepada diri dan juga masyarakat yakni rakyat. Negara maslahah bermaksud dasar politik dan sosial yang berteraskan kebaikan kepada rakyat dengan berpandukan syariat Islam.

Buku Negara Maslahah Dalam Konteks Malaysia tulisan Alies Anor Abdul bukan sekadar perbandingan tetapi secara tersurat dan tersirat seolah-olah Malaysia mencapai tahap Negara Maslahah. Tahap ini sebenarnya terlalu tinggi untuk Malaysia yang berterusan berdepan dengan defisit moral dalam kalangan pemimpinnya?

Buku : Kisah ajaib di persisir Lautan Hindi

Judul buku: AJA’IBUL HIND

Penulis: Buzurg al-Ramurmuzi

Penterjemah: Arsyad Mokhtar

Penerbit: Baytul Hikma

Buku ini lebih merupakan sebuah kitab yang memuatkan cerita-cerita berupa hikayat yang dicatatkan oleh pedagang-pedagang Arab ke rantau di persisir Lautan Hindi hingga ke gugusan pulau-pulau Melayu. Catatan pedagang ini dikumpul dan dijadikan himpunan cerita ajaib di laut dan di daratan di persisir Lautan Hindi.

Secara umumnya cerita yang dipaparkan dalam kitab ini berlaku sekitar tahun 400 Hijrah.   Selain pengarang kitab ini, cerita-cerita juga diambil daripada perawi lain juga turut dimuatkan dengan menyebut nama perawi berkenaan serta tahun kejadian itu berlaku.

Kassim Ahmad dan skeptisisme agama

Tokoh akademik dan aktivis politik kontroversial, Dr. Kassim Ahmad telah kembali ke rahmatullah pada pagi ini (10 Oktober) di Hospital Kulim, Kedah pada usia 84 tahun.   Dua bulan lalu Kassim telah dilepaskan dan dibebaskan oleh Mahkamah Syariah di atas tuduhan mengeluarkan kenyataan menyeleweng dari ajaran Islam dalam satu seminar pada 2014.

Kassim dilahirkan pada 9 September 1933 di Kedah ini pernah menjadi Pengerusi Parti Sosialis Rakyat Malaysia (PSRM) selama 18 tahun sebelum menyertai UMNO pada 1986. Tindakannya menyertai UMNO telah mendapat tentangan keras daripada Sasterawan Negara Usman Awang.

Komunis: dulu lain sekarang lain

Istilah “komunis” atau “Parti Komunis Malaya (PKM)” adalah suatu yang sangat sensitif untuk dibahaskan. Kekejaman komunis kepada rakyat tidak dimaafkan dengan apa cara sekalipun. Ada kalanya kita diselubungi emosi apabila berhujah tentang komunis.

Anekdot : Tudung mahal simbol status

Harga sehelai sebulan gaji pemegang ijazah

Saya hampir pengsan apabila diberitahu ada   harga kain tudung  di negara ini mencecah ratusan malah ribuan ringgit. Ada yang menunjukkan tudung berharga ribuan ringgit kepada saya,   malangnya saya tidak dapat membezakan dengan tudung yang dijual sehelai RM10 di Jalan Tuanku Abdul Rahman. Cantiknya kelihatan sama saja.

Saya pernah tanya kepada wanita, sekiranya hanya dengan melihat dari jarak tiga meter orang yang memakai tudung mahal itu, dapatkah dia mengetahui harganya? Dia menjawab, tidak. Kenapa?

Sebabnya tudung mahal beribu ringgit dinilai dari dekat dengan melihat tanda niaga atau jenamanya.   Oh, begitu. Dalam kalangan yang memburu tudung mahal, memang arif sangat mereka dengan jenama-jenama itu. Maknanya dari segi reka bentuk dan kualiti kain,   tidak banyak bezanya.

Saya percaya kalau ada suami yang mempunyai isteri yang gila jenama tudung semahal itu boleh pitam juga dibuatnya. Sehelai tudung boleh membeli satu almari baju. Mana tak pitam bila sehelai tudung   bersamaan dengan sebulan gaji pemegang ijazah.

Bertudung yakni menutup aurat bagi wanita memang dituntut oleh Islam. Walaupun sesetengah pihak skeptikal menganggap bertudung sebagai berfesyen tetapi secara zahirnya si pemakai telah menghormati tuntutan agamanya.

Biarlah kalau si pemakai itu berfesyen semata-mata pun kerana dia memilih fesyen yang bersesuaian dengan tuntutan agama. Yang memberikan sudut pandangan serong pada tudung bukan kerana fesyen tetapi individu yang menjadikan tudung sebagai satu simbol status.

Fenomena tudung yang berharga beratus-ratus malah beribu ringgit sehelai membuktikan tudung telah dijadikan simbol status. Padahal Islam tidak menyusahkan umatnya, asalkan tudung itu menepati syariat, itu sudah sempurna walaupun harganya tiga helai RM10.

Pada masa sama tudung harga tidak masuk akal ini menunjukkan sesetengah wanita Melayu sangat cetek kefahaman mereka terhadap manipulasi budaya kepenggunaan. Media telah membentuk persepsi bukan sahaja wajar malah perlu tudung semahal itu untuk kelihatan hebat.

Orang tua-tua dulu pun bertudung. Cuma bezanya tidak ada media seperti sekarang yang membuatkan mereka tidak terbeban dengan tudung. Mereka tidak menjadikan tudung sebagai simbol status. Wanita Melayu dulu bijak kerana menjadikan emas (barang kemas) sebagai simbol status. Pada masa sama emas menjadi pelaburan, nilai tidak susut.

Usahawan tudung ini sebahagiannya hanya bertenggek kepada nama. Bukanlah sangat pada bahan (kain) atau aksesorinya. Ini kerana pengguna dalam kalangan wanita Melayu sesetengahnya tidak ambil tahu tentang kualiti, mereka terasuk dengan jenama.

Semakin banyak usahawan yang menjual dengan harga yang tidak masuk akal, ini menunjukkan semakin banyak wanita Melayu yang menjadikan tudung sebagai simbol status. Ini menyumbangkan kepada keterpesongan tudung sebagai yang dituntut oleh agama sekaligus boleh mendatangkan fitnah kepada Islam.

Maka yang dijual dengan harga beratus atau beribu ringgit itu bukanlah harga tudung. Itu adalah harga “keinginan atau perasan untuk muncul hebat” dalam kalangan wanita lain. Kepada wanita, usahlah tertipu atau terasuk dengan manipulasi dalam budaya kepenggunaan. Melangkahlah setapak ke depan meninggalkan media yang riuh rendah mengalih tumpuan kita kepada perkara yang lebih bermanfaat.

Kepada wanita bukan Islam,   tuntutan bertudung atau menutup aurat dalam Islam sangat mudah dan tidak membebankan. Malah Islam juga agama yang melarang pembaziran. Yang dilakukan oleh sesetengah wanita Islam itu adalah kecenderungan peribadi, tidak ada kaitan dengan Islam.