Bukan suatu yang luar biasa kalau Yahudi melakukan pembunuhan karakter terhadap orang Islam dengan menyekutukan dengan teroris dalam filem-filem Hollywood. Watak orang Islam adalah ganas dan sangat ketara pada pasca 11 September 2001.

Yahudi mencipta pandangan serong dunia terhadap Islam dengan menggunakan pengaruh filem sebagai seni popular yang amat luar biasa. Sejarah pun dipesongkan dengan mencipta watak-watak Islam yang jahat dan ganas. Padahal bukan tidak boleh memaparkan watak Islam yang baik kerana Islam itu satu cara hidup yang terbaik.

Tetapi itu memang kerja jahat Yahudi. Malah bukanlah suatu yang mengejutkan kalau pembunuhan karakter berterusan dilakukan kepada Islam dan orang Islam. Malah dengan kuasa dan pengaruh isi kandungan kreatif (filem) matlamat Yahudi sebahagian besarnya berjaya, setidak-tidaknya ada pengarah atau penulis skrip drama Melayu terpengaruh dengan cara begini.

Buktinya di negara kita yang tidak ada Yahudi juga melakukan modus operandi yang sama iaitu pembunuhan karakter watak-watak yang sinonim dengan Islam dalam seni popular (drama televisyen). Watak-watak ini dibunuh dengan kejam apabila menyekutukan dengan perbuatan bertentangan dengan Islam.

Kalau ulama, guru tahfiz, ustaz atau imam sekutunya ialah pelacur atau perbuatan lain yang dilarang oleh Islam. Apakah bezanya Yahudi membunuh karakter Islam dengan menggambarkan Islam itu zalim dan ganas dengan pengarah dan penulis skrip kita di mana ulama, imam dan ustaz melanggan pelacur?

Modus operandi ini sama dengan Yahudi. Tetapi sudah tentulah bukan dilakukan oleh Yahudi kecuali pengarah atau penulis skrip Islam meminjam modus operandi Yahudi. Semacam wujud satu gerakan terancang untuk memberikan persepsi buruk kepada Islam dengan melakukan “pembunuhan karakter” begini.

Sebelum ini gerakan seperti ini selalunya dilakukan oleh liberalis dan sekularis untuk menguatkan hujah bahawa dalam Islam sendiri banyak yang berupa “musang berbulu ayam.” Maka yang “kelihatan” Islam belum Islam sebenarnya, itu mesej mereka. Dan orang Islam wajar dicurigai Islamnya.

Memang benar pengarah dan penulis skrip ada kebebasan kreatif tetapi apabila digunakan secara tidak wajar dan semacam ada dendam yang tidak terkuburkan, karya kreatif begini adalah sangat busuk. Ini berlaku dalam drama televisyen tempatan.

Penonton yang menjadi pencandu drama televisyen tanpa menyaring antara racun dan penawar berteriak gembira sekaligus melabelkan drama busuk begini sebagai sebuah karya Islamik. Ah, rosaknya orang kita. Pengarah dan penulis skrip pun merasa sangat hebat dan mendabik dada.

“Semoga masyarakat membuka mata,” kata pengarah dan penulis skrip yang dipuji dari segenap pelosok itu.

Dalam kuasa kreatif tidak ada salahnya tetapi dari pertimbangan moral apa lagi penulis dan pengarah seorang Islam, membina gambaran sedemikian tidak ubah sebagai musuh Islam. Biar Yahudi sahajalah yang membuat kerja-kerja seperti itu, pengarah dan penulis skrip Melayu ada banyak sudut lain untuk dibawa kepada masyarakat.

Kalau diteliti semacam ada dendam dan kebencian yang tidak sudah terhadap watak-watak yang sinonim dengan Islam, misalnya guru agama, imam, ulama, pengetua tahfiz dan beberapa lagi. Watak-watak ini diserang secara psikologi yang membawa maksud watak-watak sinonim Islam tidak boleh dipercayai.

Pada masa yang sama kelompok ini mengangkat watak-watak yang sinonim dengan penentangan terhadap agama misalnya pelacur. Kerana berpegang pada “jangan menilai buku dari kulit” maka bagi mereka jangan menilai pelacur sebagai manusia buruk.

Adakah dalam kalangan pengarah dan penulis skrip drama sudah ketandusan pemikiran hendak disalurkan dalam karya mereka? Atau sememangnya ada agenda tertentu ditujukan kepada Islam dengan membunuh karakter yang sinonim dengan Islam?

Perbuatan pengarah dan penulis skrip begini tidak salah tetapi tidak wajar kerana isu yang dibangkitkan disapu pada lapisan atas atau superficial, tidak sepadan dengan kesimpulan seolah-olah satu fenomena di mana guru agama atau ulama melanggan pelacur.

Hujah mereka, bukan semua orang agama atau ulama berjiwa murni dan baik. Ya, memang benar. Tidak ada siapa yang mempertikaikan hujah itu. Bagaimanapun cuma kes terpencil dan bukan satu fenomena. Itu tidak adil diangkat seolah-olah satu fenomena yakni lebih 30 peratus orang agama berperangai demikian.

Tidak cukup itu, mereka mendakwa drama-drama seperti ini berjaya membuka mata masyarakat untuk “menilai manusia bukan dari pakaiannya”. Tetapi dalam Islam, luar menunjukkan dalamnya. Kalau pelacur yang pakai tidak cukup kain, itu sudah tidak menepati hal-hal luaran yang digariskan oleh Islam, misalnya.

Sebenarnya mata masyarakat sudah lama terbuka melihat lebih banyak kebaikan berbanding secebis buruk dalam kalangan watak yang sinonim dengan Islam.

Malangnya ada pengarah dan penulis yang tidak membuka mata zahir dan mata fikir untuk melihat lebih jauh kesan buruk kuasa di tangan mereka. Kalau benar bertanggungjawab berfikirlah berkali-kali terutama dalam konteks kemuliaan Islam. Cukup-cukuplah drama busuk begini.

Please follow and like us:

Author / Editor

30 thoughts on “Pembunuhan karakter Islam dalam drama Melayu”
  1. saya tidak bersetuju dgn apa yg anda tulis… anda tidak menonton drama secara keseluruhan.. anda hanya membaca sipnosis.. sila tonton dan selidik dari awal cerita sebelum mengkritik… sudah pasti sebelum shooting pihak produksi tanya pendapat para ilmuan islam ttg cerita yg ingin ditayangkan sbb ia melibatkan isu agama islam..

    1. Terima kasih memberi reaksi. Tulisan ini adalah satu perspektif umum dan bukan merujuk kepada satu-satu drama. Seperti yang saya tulis, paparan isu ini tidak salah dan birokrat agama juga tentu tidak menghalang. Tetapi bukankah ini boleh memberikan persepsi kurang baik kepada Islam sedangkan ia kes-kes terpencil.

      1. Yeke satu satu drama.. Nampak sangat tuju pada drama Nur. Boleh saya tanya drama apa lagi yang persis digambarkan seperti di atas? Ia tidak lain hanyalah yang paling tepat digambarkan penulis adalah drama Nur. Kelakarnya kau kata ia adalah kes terpencil. Tak… zaman sekarang makin menjadi jadi. Ustaz dera, ada isu makan duit anak yatim, isu penunggang agama. Gambaran tok siak yang halau pendosa untuk dekat dengan agama itu pun salah dan rakan saya yang selalu saya ajak ke rumah Allah selalu terkena macam tu.. diberi kata sinis lagi.. Golongan pelacur pula, nampak hina? Ye di mata kita. Dan apa usaha kita nak dakwah mereka? Dakwah itu pada mereka jauh dari agama dan non muslim sedangkan sesama muslim yang ahli ibadat(kuat ibadah tapi ilmu kureng) itu hanyalah Islah. Non muslim, pelacur dan pendosa lain itu harus didekati.. dan banyak sisi buruk yang ditonjolkan itu beri pengajaran baik. Kalau tak ditegur, jika tak siapa berani tegur, adakah mereka makin takut? atau menjadi bermaharajalela. Kawan saya golongan ustaz lulusan AlAzhar dan Jordan tak ada pun melenting dan tonton juga drama ni. So, saya harap kisah sebegini ada lagi. Kritikan sosial. Jangan fikir asal golongan agama je tak boleh dikritik. Punah nanti institusi agama nanti!

        1. Betul setuju… Penulis menulis tampa menilai tujuan utama yang cuba di gambarkan…

          Nilai kemanusiaan yang harus diulas bukan kemuliaan ustaz semata…

      2. Walaupun amda menulis secara umum, namun masih jelas ianya menghentam secara spesifik..

        Pepsepsi anda sama macam salah satu watak dalam drama ini, iaitu watak tok siak masjid yang judgemntal..sebagai seorang penulis atau pengkritik, anda seharusnya menunggu sehingga drama ini tamat terlebih dahulu supaya anda faham dan dpat menganalisa setiap inci kesalahan yg terdapat didalamnya untuk anda kritik.

        Tapi sayang..untuk menamakan drama ini sahaja anda tidak berani..Menghukum itu hanya kerja Allah, kita sebagai umat, tanggunjawab hanya menegur..bagaimana menegur?anda sendiri faham..

        Oh ya, saya bukanlah peminat hebat drama ini, namun untuk mengkritik, belum smpai masanya kerana saya belum tahu isinya..

        Sekian..

  2. Tak tengok jgn komen..kalo x tau isi kandungan yg ingin disampaikan..jangan hidup dalam hipokrasi..ko ingat jadi hipokrit itu menjamin le syurga? Ape punye otak macam ni.

  3. Pemikiran lama vs baru.

    Tahun 1960 an masyarakat Malaysia dihidangkan dengan kehebatan seorang isteri yang hebat menjaga maruahnya di kala suami tiada di rumah. (Gurindam Jiwa), kehebatan wanita dalam memimpin, (Tun Fatimah)

    Tapi drama 2018 kebanyakannya merendah-rendahkan martabat kaum wanita sehingga orang beranggapan wanita ini objek melepaskan kemarahan dan kebodohan bagi melampiaskan nafsu-nafsu orang-orang lelaki.

    Hmmm sekadar pandangan sebagai generasi muda yang mahukan perubahan dalam filem tempatan.

    Jika anda tidak bersetuju dengan pandangan saya, saya tidak rugi apa-apa. Cuma saya nak tahu.

    Adakah Emak anda pun mencelup tangan ke dalam lauk Bapak anda?

    Apa perasaan anda bila Isteri anda mencelup tangan ke dalam lauk anda?

    Mana pergi Adab orang-orang Melayu yang sebelum ini digembar gemburkan oleh pejuang-pejuang budaya?

    Nota: Ironinya imej lelaki lembut (Bukan sopan) Pondan, pula diangkat dalam drama SILAU seolah-olah mereka ini golongan penyelamat…

  4. Betul. Anda tidak menonton drama ini secara keseluruhan. Mungkin anda hanya menonton scene yg viral sahaja atau membaca sinopsis ringkas. Mungkin anda perlu membaca ulasan ustaz hasrizal di instagram beliau mengenai drama ini. Tapi yang penting, anda kena tonton. Selepas membaca tulisan ini, dan selepas menonton setiap episod drama ini sy cuma dapar simpulkan, andalah sebenarnya yang sedang menyebarkan kebencian. Sesiapa yg menonton setiap episod drama ini mungkin akan menentang dan tidak bersetuju dengan anda, berbeza dgn yang tidak menonton akan menyokong dgn tulisan anda.

  5. Jelas… Kritikan diberikan kpd drama Nur. Tapi sayangnya, Tuan tidak mengenali setiap watak dan perwatakan yg dilahirkan dlm penceritaan tersebut. Kritikan Tuan kepada watak “Penunggang Agama” adalah kpd watak “Syed Hamidi”. Tetapi tahukah Tuan, Syed Hamidi itu bukanlah sebenarnya “Ustaz”. Dia hanya diperkenalkan sebagai ustaz oleh kekasih hatinya sebelum itu kpd kedua org tuanya bagi membolehkan mereka berkahwin dan seterusnya, menjawat jawatan sebagai Pengetua Tahfiz di sekolah tahfiz bapa mertuanya. Pandangan saya, Tuan tidak melihat sudut pengajaran yg lain yg cuba dipaparkan oleh sang penulis karya tersebut. Terlalu banyak sebenarnya. Salah satu drpdnya dan yg benar2 belaku sekarang ialah fenomena Sang Ustaz yg mengenakan bayaran yg terlalu tinggi dlm penyampaian dakwah mereka. Mereka mengkategorikan mereka adalah “Ustaz Selebriti”. Pada sy ini adalah kisah benar sekali kerana sy pernah berhadapan dgn situasi ini. Itu baru satu sahaja. Kalau dilihat secara keseluruhan, memang terlalu banyak nilai pengajarannya yg boleh membuka mata setiap penonton. Bagi sy, penulis karya ini berjaya menyampaikan usaha dakwahnya dan karya ini adalah karya yg sangat baik.

  6. Kenapa panas punggung ke tgk watak acah2 ustaz yg 6 thn melanggan pelacur, makan duit anak yatim & tok siak masjid yg judgemental? Ke sbb anda seperti melihat diri sendiri dlm dua2 watak tersebut?
    Sebagai penonton selain dr mengiyakan kewujudan kedua2 watak tersebut dlm realiti seharian, kami jugak amat respect watak ayah haji & ustaz adam. Dan sesungguhnya kami sbg penonton sudah muak disaji dgn watak2 indah & fantasi yg sering disaji di tv & wayang. Sbb itu sesekali dpt tonton cerita masyarakat seperti Nur ianya viral sehingga boleh cecah 9 juta tontonan.

  7. Mengapa perlu menidakkan realiti. Sedangkan kita bukannya maksum. Terimalah secara positif dan bukannya menghukum seperti yg dipamirkan dalam watak tok siak dlm drama berkaitan.

  8. Pendapat awak tak realistic. Apa yang di gambarkan oleh drama Nur sedang berlaku. Kita tak boleh hina orang macam Nur malah mesti mendekati mereka untuk menolong mereka. Saya sarankan penulis mengikuti kursus dakwah untuk mendapat pencerahan. Jangan nak komen bila info tak cukup.

  9. Ku Seman pembunuh karakter Islam dengan tidak menyelami drama tersebut bermula dari episod satu.

    Jangan jadi seperti Yahudi yang hanya menilai kita dari luaran.

  10. Konon membela Islam, hakikatnya menggelupur kerana ada karya Islamik yang benar dan dakwahnya tepat tersiar di TV. Cakap sahajalah anda tak mahu karya Islami yang berkualiti menguasai TV sekular.

  11. Maaf krn “off-topik” …. boleh tak sdr kskh berikan pandangan tentang langkah yang sepatutnya diambil oleh pihak manajemen and pemimpin warkah Utusan ? Mcm kapal takde pengemudi terumbang ambing dilanda bah politik baru … ramai sangat permerhati yang ingin tahu

    1. Terima kasih sdr. Memgenai Utusan agak sukar untuk saya memberi pandangan secara terbuka. Kita boleh berdiskusi dalam mesengger.

  12. Adakah anda benar-benar menonton drama ini? Bunyinya macam orang yang memberikan pandangan tanpa menonton. Bertanggungjawablah dengan tulisan.

  13. Hahaha… ramai betul yg bekap drama Nur. Kelihatan seperti mereka yg terlibat dgn produksi drama itu yg ‘melalak menjerit’ mempertahankan drama berkenaan.

    Walau apa alasan sekalipun tak melupakan hakikat usaha ‘melacurkan’ golongan agama sebagai karekter2 jahat untuk (kononnya) membuai penonton supaya terbawa2 dgn cerita dan melekat hingga ke episod akhir. Cheap.

    Masyarakat dah memenuhi surau di kompleks beli belah setiap kali masuk waktu, drama Melayu masih takuk tu. Stesen TV pulak tayang pukul 7 malam. Konon realiti hidup….puiiiii… pegi la filemkan, dokukan dakwah Ebiet Liew. Baru la winnn dan bantu Islam.

    Nama je produksi Islam. Yahudi jugak jd ikutan.

    1. Luaran itu maksudnya yang boleh dilihat dengan mata zahir misalnya tingkah laku, kata kata dan pakaian yang menepati syariat. Kalau tingkah laku, kata kata dan pakaian yang bertentangan dengan suruhan Islam, Islam di dalam tidak sempurna. Luar dan dalam saling bertimbal balik.

  14. Rupanya ramai x dpt paham.. Can t read between the lines.ramai hentam balik ku seman. Ini la zaman credulous idiot.mereka x paham… The Hidden

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *