OLEH RAZALI AWANG

Dua minggu Muhannad Al Shaar, sukarelawan White Helmets menahan hasrat untuk berjumpa anggota keluarga yang ditinggalkan kerana tugas.

Kerinduan kepada keluarga; isteri dan anak-anak sangat menyiksanya. Kalau boleh dia mahu segera bertemu mereka yang merupakan ‘nyawanya’.

Bagaimanapun orang awam yang terperangkap dalam zon perang lebih memerlukan khidmat baktinya. Dia menunda hasrat bertemu keluarga kerana nyawa mangsa perang perlu segera dibantu.

Sepanjang tempoh itu, siang dan malam malam dia bertungkus lumus membantu orang awam yang terperangkap di Maarat al Nu’man untuk melarikan diri ke kawasan selamat di utara Idlib yang bersempadan dengan Turki.

Muhannad Al Shaar
Kesan tempat yang menjadi sasaran bom yang mengorbankan Muhannad.

Mengikut perancangan, tugasan Muhannad akan berakhir pada Isnin. Dia menunggu Isnin dengan penuh sabar yang menyiksa.

Selepas usai kerjanya dia akan bergerak menghala ke kawasan selamat, dan dari situ dia akan kembali ke rumah untuk berjumpa anggota keluarga yang ditinggalkan.

Namun, ketika membantu kumpulan terakhir meninggalkan rumah, tempat dia berada telah menjadi sasaran bom barel.

Advertisement

Muhannad dan pelarian yang dibantunya tidak sempat melarikan diri ke kawasan lain. Mereka hanya mampu mencari ruang paling selamat untuk menyelamatkan nyawa.

Malangnya, ledakan kuat menyebabkan rumah tempat berlindung menyembah bumi. Dia bersama mangsa lain terperangkap di bawah runtuhan.

Selepas serangan berakhir, kira-kira dua jam kemudian petugas serta orang ramai bertungkus lumus berusaha menyelamatkannya.

Namun Allah lebih mengasihinya.
Muhannad dan seorang lagi kanak-kanak yang cuba dibantunya sebelum ini, telah menemui ajal. Rindu kepada keluarga dibawanya bersama-sama.

Allah telah mengatur semuanya. Hasrat Muhannad untuk pulang ke rumah hanya tertunai selepas dia menjadi jenazah. Tetapi sebenarnya dia adalah wira walaupun tidak didendang.

Semoga Allah menerima kematiannya sebagai orang yang syahiid di jalanNya.
Kini selepas ketiadaanya, isteri dan anak-anak sudah hilang tempat bergantung dan berlindung. Demikian relung takdir seorang wira yang menabur bakti tanpa mengharap apa-apa.

* RAZALI AWANG adalah sukarelawan Media Syria Care.

Advertisement
Please follow and like us:

Author / Editor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *