Peluru berpandu Iran yang disasar ke pangkalan tentera AS di Iraq.

KUALA LUMPUR, 8  Jan –   Washington mengesahkan lebih sedozen peluru berpandu  dilancarkan oleh tentera Iran ke pangkalan tentera Amerika Syarikat (AS) di  barat Iraq pada pukul 5.30 petang (waktu tempatan).

Stesen televisten Iran, yang dipetik Telegraph memberitahu, Iran melancarkan sekurang-kurang 10 peluru berpandu dalam serangan nekad ke pangkalan tentera AS di Ain al Assad itu.

Ini adalah reaksi pertama ketegasan Iran sebagai membalas dendam terhadap  AS  berikutan serangan yang mengorbankan  Jeneral Qasem Soleimani dan Abu Mahdi al Muhandis  di Baghdad minggu lalu.

Sementara itu agensi berita Iran, Tasnim, melaporkan, Iran imemulakan serangan pusingan kedua kira-kira sejam selepas serangan pertama yang mensasarkan pangkalan tentera AS itu. Pada masa yang sama Iranian Revolutionary Guards mengarahkan White House mengundurkan tentera AS dari wilayah itu dengan segera.

Pangkalan tentera AS di Ain al Assad yang menjadi sasaran peluru berpandu Iran.

“Pentagon mengesahkan serangan pertama kira-kira pukul 5.30 petang 7 Januari oleh lebih sedozen peluru berpandu. Sangat jelas serangan itu dilancarkan oleh Iran,”  lapor The Telegraph.

Setiausaha Akhbar White House, Stephanie Grisham pula memberitahu,  Presiden Trump telah diberi taklimat mengenai serangan tersebut. AS tetap mempertahankan tindakan menyerang dan mebunuh Qasem Suleimani kerana ketua tentera Iran itu didakwa berkomplot menyerang  AS.

Qasem Soleimani yang dibunuh dalam serangan AS.
Advertisement

Iran  pula menganggap United Kingdom (UK) turut terlibat dengan AS melakukan pembunuhan ketua tentera itu apabila Setiausaha Pertahanan, Mark Esper dengan segera mengarahkan supaya kepentingan tentera British di wilayah berkenaan diberikan perlindungan.

Sementara itu, semalam, pihak berkuasa Iran telah menawarkan hadiah AS$80 juta (RM327 juta) kepada pihak yang berjaya membunuh Trump  sebagai balasan terhadap tindakan AS membunuh Qasem Soleimani.

Keadaan pangkalan tentera AS semasa serangan peluru berpandu Iran.

“Kami (Iran) boleh menyerang White House. Kami boleh memberi respons kepada mereka di tanah Amerika. Kami mempunyai kuasa, kami akan bertindak balas pada masa yang sesuai. Ini adalah perisytiharan perang, yang bermaksud jika anda teragak-agak, anda akan kalah,” kata  Ahli Parlimen Iran, Abolfazl Aboutorabi.

Pembukaan Parlimen Iran pada petang Ahad menyaksikan kesemua Ahli Parlimen republik itu memanggil Presiden AS sebagai ‘pengganas yang berbaju sut’ selepas Trump mengancam untuk menyerang 52 lokasi kepentingan Iran. – KU SEMAN.COM

Advertisement
Please follow and like us:

Author / Editor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *