OLEH RAZALI AWANG

Nasib baik memihak kepada petugas Syria Care, Shadi al Uwainah kerana terselamat dari menjadi mangsa serangan bom tentera regim Bashar al Assad dan sekutunya di Idlib.

Dia yang bertugas sebagai Penyelaras Projek dan Media Syria Care,

ketika itu dalam perjalanan pulang selepas mengagihkan bantuan di Afrin.

Kesan di kawasan yang dibom oleh tentera Bashar.

“Dalam perjalanan saya nampak begitu ramai keluarga yang keluar melarikan diri tanpa mengetahui ke mana mereka hendak dituju.

Ketika menghampiri bulatan di Idlib, saya nampak kapalterbang, pemandu ingin berpatah balik dan saya suruh dia berhenti dan turunkan di situ.

Sebaik ditinggalkan di tepi jalan, saya menuju ke kawasan pasar untuk mencari isyarat telefon, ketika itu bom digugurkan di depan mata saya.

Alhamdulillah, Allah lindungi saya”, katanya ketika menghubungi Pengerusi Syria Care, Siti Sakinah Meor Omar Baki.

Dalam kejadian pada pagi Selasa (11 Februari 2020), 12 orang awam terbunuh manakala lebih 33 yang lain cedera.

Sebelum ini keberadaan Shadi menjadi tanda tanya kerana dia gagal dihubungi selepas kali terakhir memaklumkan ibu pejabat di Shah Alam, berada di sekitar Idlib.

Syrian Observatory for Human Rights (SOHR) di laman sesawangnya mengesahkan enam daripada 12 yang maut dalam serangan di kawasan Al-Sina’a and Al-Jala’a adalah kanak-kanak.

Angka kematian dijangka bertambah kerana kebanyakan mangsa yang cedera berada dalam keadaan tenat.

Sehingga berita ini dikemaskini, pertempuran sengit masih berterusan di bandar Al Nayrab, timur laut Idlib yang cuba ditawan tentera regim Bashar al Assad dan sekutunya selepas ia berjaya dikuasai semula kumpulan penentang. Foto Syria Care.

RAZALI AWANG adalah sukarelawan Media Syria Care yang menulis untuk KUSEMAN.COM

Please follow and like us:

Author / Editor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *