Oleh Razali Awang
Sejak 2014, White Helmets telah kehilangan 286 petugas, yang dibunuh rejim Bashar al Assad ketika mereka sedang melaksanakan tugas membantu dan menyelamat orang awam. 

PADA 25 Oktober lalu genap enam tahun Syrian Civil Defence atau lebih dikenali White Helmets ditubuhkan dengan tugasan untuk membantu menyelamat nyawa orang awam yang terperangkap dalam konfliks di Syria.

White Helmets hanya pertubuhan sukarelawan yang membabitkan pelbagai latar belakang dan pengalaman anggota daripada golongan profesional seperti doktor, jurutera, akauntan, guru sehinggakan kepada sukarelawan biasa. 

Namun bagi rejim Bashar al Assad dan sekutunya, anggota White Helmets menjadi musuh yang perlu dihapuskan kerana didakwa menjadi tali barut Barat, tuduhan yang sering dilemparkan bagi menghalalkan pembunuhan kepada sesiapa sahaja yang dilabel sebagai seteru.

Dakwaan itu dikaitkan kerana pengasas bersamanya,  James Gustaf Edward Le Mesurier (1971-2019), adalah bekas tentera British yang pernah berkhidmat sebagai askar pengaman Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) di beberapa buah negara termasuk Yugoslavia.  

Bashar dan sekutunya mengukuhkan kenyataan itu dengan mengait dan mempersoal sumber dana yang menggerakan operasi White Helmets selama ini.

Menggunakan beberapa nama wartawan, seperti Vanessa Beeley, anak aristokrat British yang pro Bashar, Rusia  cuba membunuh imej White Helmets di kaca mata masyarakat antarabangsa.

Sama seperti anggota kumpulan penentang, para petugas White Helmets turut sama diburu, diculik serta dibunuh.

Sejak 2014, 286 sukarelawan White Helmets  telah menjadi korban rejim Bashar al Assad dan kumpulan yang menolak pembabitan pasukan itu  membantu menyelamat orang awam yang terperangkap dalam pelbagai bentuk serangan.

Sama seperti mangsa konflik yang lain, demi menyelamatkan diri, anggota pasukan ini turut berpindah ke kawasan yang dianggap paling “selamat” dan kini beroperasi sepenuhnya di bahagian utara Idlib dan sebahagian Aleppo.

Bermula dari saat ia menjalankan tugasan, lebih 122,000 nyawa telah diselamatkan.

Advertisement

“Lebih kurang 120,000 nyawa telah diselamatkan oleh White Helmets berikutan serangan tentera di Syria. Pada masa sama  berjuta lagi mendapat manfaat dari perkhidmatan pasukan kami. Kami berbangga dengan sukarelawan dan pengorbanan mereka untuk berbakti kepada rakyat Syria”, tulis White Helmets di ruangan status Facebook sempena memperingati enam tahun penubuhannnya.

Pada 2016, namanya menjadi populariti dan mendapat perhatian masyarakat antarabangsa apabila filem dokumentari pendek The White Helmets, yang diarahkan oleh Orlando von Einsiedel dan diterbitkan oleh Joanna Natasegara  memenangi kategori Dokumenteri Terbaik bagi Filem Pendek Anugerah Academy ke-89.

Imej adiwira yang dipaparkan menjadi sesuatu yang tidak disenangi dan kemudian menjadi mangsa serangan pelbagai bentuk platform media oleh Rusia, yang tegar bersama-sama Bashar membunuh rakyat Syria.

Menggunakan beberapa nama wartawan, seperti Vanessa Beeley,  ia cuba membunuh imej White Helmets di kaca mata masyarakat antarabangsa dengan mengaitkan White Helmets dengan Al Qaeda.

Sebagai seorang yang semenangnya dikenali pro Bashar, segala pandangan Beeley, yang juga anak aristokrat Britain itu diberi liputan luas oleh Russia Time.

Ironiya, segala dakyah jahat tidak memberi kesan kepada tugasan White Helmets di lapangan. Bahkan konflik berterusan memberi keyakinan kepada orang awam, bahawa ini satu pertubuhan yang bukan berpaksikan kepentingan politik kumpulan tertentu.

Kini ketika meraikan ulang tahun keenam dengan pelbagai dugaan dan tohmahan, atas semangat “To save a life is to save all of humanity”, semangat 3,000 sukarelawannya tidak pernah berganjak meskipun kerjaya yang dilakukan adalah pertarungan antara hidup dan mati.  Foto White Helmets/ RT.

  • RAZALI AWANG adalah sukarelawan Media Syria Care
Advertisement
Please follow and like us:

Author / Editor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *