Gencatan senjata antara rejim zionis dengan Hamas memberi tamparan kepada Benjamin Netayahu.

Oleh Ku Seman Ku Hussain

Akhirnya pada Jumaat 21 Mei, zionis Israel mengangkat bendera putih apabila setuju gencatan senjata dengan Hamas selepas 11 hari gagal menundukkan pejuang Hamas. Usul gencatan senjata datang daripada Amerika Syarikat (AS) sekaligus memaksa zionis Israel menghentikan keganasan di wilayah Gaza.

AS menjadi pemain utama dalam setiap siri keganasan di Palestin. Israel menjadi proksi AS mengawal kepentingannya di dunia Arab sekaligus mendominasi geopolitik Asia Baratdalam gagasan pengstrukturan politik kawalan.

Tindak balas Hamas pada 12 Mei, sehari sebelum Hari Raya Aidilfitri dilihat penganalisis geopolitik sebagai luar biasa. Kemaraan Hamas mengejutkan, teknologi senjata mereka jauh  ke depan berbanding sebelumnya.  Mereka bangkit tanpa lelah. Lokasi strategik zionis  dibolos dan berkeupayaan mengelak penangkis roket, Iron Dome  zionis Israel.  

Hasilnya depoh senjata, pusat komersial dan lapangan terbang terbongkang.

Terkini, zionis Israel terpaksa menutup operasi pelantar gas Tamar walaupun terpaksa menanggung kerugian besar yang dianggarkan AS$6 juta sehari kerana ancaman peluru berpandu Hamas.

Kebangkitan Hamas melawan rejim zionis sangat luar biasa.

Awalnya ketika keganasan memuncak,  AS menerusi Presiden Joe Biden menghubungi Perdana Menteri Israel, Benjamin Netayahu  menegaskan sokongan padu kepada Israel. Begitu juga penegasan Setiausaha Pertahanan AS, Lloyd Austin kepada Menteri Pertahanan Israel, Benny Gantz.

Selain dana ketenteraan  AS$3.8 bilion setahun,  ketikakeganasan memuncak  Joe Biden meluluskan penjualan senjata peluru berpandu bernilai  AS$375 juta kepada zionis Israel. Bagaimanapun dia berdepan tekanan daripada ahli parlimen Demokrat yang mendesak supaya perjanjian penjualan senjaya itu dibatalkan.

Hamas yang pada relatifnya serba kekurangan di segi ketenteraan, kecuali semangat yang sangat tinggi itu berdepan dengan kuasa besar AS, bukan zionis Israel.  AS telah mencetuskan krisis kemanusiaan yang genting di Palestin apabila membiayai pembunuhan orang awam – termasuk wanita dan kanak-kanak.

Jumaat lalu Joe Biden telah berubah fikiran dan mengarahkan zionis Israel merangka gencatan senjata dengan Hamas. Ini bertentangan dengan kenyataan awal menyokong tindakan keganasan terhadap Palestin. Netahayu pada mulanya tidak mempedulikan arahan  AS supaya membuat gencatan senjata, dengan angkuh berkata, “Selagi misi belum selesai, kami tidak akan berhenti.”  Bagaimanapun akhirnya mengalah kerana kemaraan Hamas yang sangat luar biasa.

Seperti biasa keganasan dimulakan oleh zionis Israel dan Hamas terpaksa mempertahankan diri.  Kalau kita masih ingat, 27 hari sebelum Hamas melancar roket pertama pada 10 Mei,  polis Israel menyerbu  masjid Al Aqsa dan mensabotaj dengan memotong wayar pembesar suara. 

Ini berlaku pada hari pertama umat Islam berpuasa.  Pada 7 Mei hari Jumaat terakhir Ramadan, sekali lagi polis Israel menyerbu Al Aqsa, bertindak lebih biadab. Merekamenggunakan gas pemedih mata dan peluru getah untuk menyurai jemaah. Pada 10 Mei pejuang Hamas bertindak membebaskan Al Aqsa, tetapi polis Israel membalas dengan  mencederakan 305 orang awam  yang berada dalam masjid.

Dipetik daripada sumber pihak berkuasa Palestin, sehingga rencana ini ditulis pada Jumaat sebanyak 107,000 pendudukPalestin hilang tempat tinggal, 40,000 orang kini menumpang di tempat perlindungan, kerosakan harta benda dianggarkan AS$322 juta,  dan lebih 1,300 rumah ranap sepenuhnya akibat serangan zionis Israel.

Bagaimanapun sejak meletus keganasan, Majlis Keselamatan PBB belum berbuat apa-apa. PBB dikembirikan, tidak berperanan sewajarnya apabila AS diberi kuasa veto sekaligusmenyalahgunakan keistimewaan itu.  AS  lebih menjaga kepentingannya Yahudi berbanding keamanan sejagat. Maka tidak hairanlah kalau PBB dilihat sebagai gajah kini menjadi bangkai gara-gara kuasa veto AS.

Oleh kerana itu, biarlah siapa pun diangkat sebagai Presiden AS,  semua dasar luar telah dibingkai oleh pelobi-pelobi Yahudi. Puak inilah yang menentukan kalah atau menang seseorang calon Presiden semasa pilihan raya– sama ada Republikan atau Demokrat. 

Sebenarnya sudah dua kali Majlis Keselamatan PBB  terutama oleh Perancis melobi sokongan  untuk mengutuk keganasan Israel.  Tetapi seperti biasa, usul seperti itu terhalang olehkuasa veto AS dalam majlis keselamatan.

Advertisement

Maka desakan supaya zionis Israel mengusahakan gencatan senjata kerana kegagalan menundukkan Hamas, bukan demi kemanusiaan dan keamanan sejagat. Sebelum ini AS berjaya normalisasi Israel di dunia Arab. Pada Ogos tahun lalu Emeriah Arab Bersatu (UAE), Bahrain, Sudan dan Maghribi menjalin hubungan diplomatik dan mengiktiraf negara haram Israel.

Kilang propaganda media Barat bergerak serentak memanjang naratif  Hamas sebagai pertubuhan pengganas, dan hampir semua laporan menyelitkan istilah ‘militant’  bagi merujuk pejuang Hamas.. Walaupun  populasi Yahudi pada relatifnya sangat kecil iaitu 13.9 juta atau 0.2 peratus populasi dunia, tetapi Yahudi berkuasa membingkai  politik dan ekonomi dunia. Media berada dalam tangan mereka.

Serangan zionis Israel di Gaza kali ini juga dilindungi oleh kilang propaganda media kawalan Yahudi. Zionis diposisi sebagai mangsa, Hamas sebagai pengganas. Memang benar tidak semua Yahudi jahat seperti Benjamin Netanyahu dan semua pemimpin Israel sebelum ini. Yahudi ortodoks misalnya menentang kekejaman yang dilakukan zionis terhadap Palestin. 

Tetapi jangan lupa bahawa 69 peratus Yahudi menganut ideologi zionis.

Ada 4.26 peratus zionis di luar Israel terutama di AS. Daripada 13.9 juta populasi Yahudi di seluruh dunia, sembilan juta daripadanya ialah zionis. Tidak boleh menafikan yang Yahudi itu senama dengan zionis. 

Maka ucapan sulung Joe Biden selepas menjadi Presiden AS terutama iltizam melangsungkan rundingan damai Palestin – Israel tidak lebih retorik, sama seperti semua Presiden sebelum ini. Selagi AS dibiarkan menunggang PBB terutama Majlis Keselamatan, ini diibaratkan segerombolan babi disuruh menjaga kebun pisang. Babi tetap dengan kebabiannya.

Advertisement
Please follow and like us:

Author / Editor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *