KFC Malaysia menghidangkan suatu yang baru ke meja makan anda menerusi suntikan keenakan di dalam ciptaan menu terbaharunya – KFC ‘Dunk & Dip’. Lupakan rutin yang membosankan, cubalah ciptaan terbaharu oleh KFC ini yang mengajak para penggemarnya untuk lari daripada kebiasaan dan rasai keenakan sambil menikmati KFC Crispy Tenders menerusi langkah istimewa celup dan cicah.

Keenakan di dalam hidangan ini dicetuskan oleh gabungan perisa dan tekstur yang menarik di antara dua ‘dipping’ istimewa. Kelazatan Sos Masam BBQ ditambah dengan kerangupan hangat Bertih Krup-Krup bakal menjanjikan sensasi yang penuh menyelerakan apabila dinikmati bersama KFC Hot & Spicy Crispy Tenders kegemaran ramai.

“Kami mahu memastikan para pelanggan kami merasai pengalaman istimewa setiap kali mereka menikmati hidangan KFC. Crispy Tenders Dunk & Dip terbaharu ini dicipta bagi menghasilkan pengalaman unik dan menyeronokkan kepada para pelanggan menerusi bentuk hidangan yang lain unik. Sos Masam BBQ dan Bertih Krup-Krup rangup pasti membuatkan anda sukar untuk berhenti menikmatinya. Jadi, hanya celup, cicah, dan teruskan krup-krup!” kata Ling Mee Jiuan, Naib Presiden Kanan, KFC Malaysia.

Advertisement

KFC Dunk & Dip boleh didapati buat masa terhad secara à la carte serta hidangan kombo. Bermula daripada RM6.90, hidangan à la carte didatangkan dengan 3 ketul Crispy Tenders, Sos Masam BBQ dan Bertih Krup-Krup. Hidangan kombo pula boleh didapati bermula daripada RM13.90 bersama pilihan 1 atau 2 ketul ayam KFC, hidangan sampingan KFC serta secawan iced lemon tea, menjadikan ianya sebuah hidangan lengkap.
Boleh didapati di setiap restoran KFC di seluruh Malaysia bermula 16 Ogos 2018, sementara stok masih ada! Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.kfc.com.my

Advertisement
Please follow and like us:

Author / Editor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *