Gambar hiasan

OLEH:  DR KHAIRIL IDHAM ISMAIL  (kemaskini 6.14 pm 21 Mei 2019)

SELEPAS mengalami sendiri beberapa insiden rentetan excessive daytime sleepiness akibat fatigue dan witness how dangerous it is, saya berazam untuk advocate dan fight apa-apa sahaja yang berkaitan dengannya. Antara gejala atau simptom yang sangat mustahak ialah microsleep.

Bahkan dalam beberapa kes kemalangan maut jalan raya baru-baru ini, dilaporkan antara yang menjadi punca ialah berlakunya microsleep. 

Kata bidalan malang tidak berbau. Tetapi sebenarnya tidaklah seratus peratus betul kerana terdapat tanda-tanda malang yang menjadi ‘bau’ kepada sesuatu peristiwa malang akan berlaku. Inilah yang dinamakan sebagai risk dan risiko yang diambil setelah menganalisis dan mengawal sesuatu risiko itu pula dinamakan sebagai ‘calculated risk’. 

Jadi, apakah itu microsleep?

Microsleep ialah suatu keadaan di mana seseorang itu hilang kawalan dalam tumpuan secara tiba-tiba dan seringkali terjadi bersama-sama gejala lain seperti penumpuan ‘blank stare’, kepala terhangguk dan tersentak kembali, mata yang tertutup tanpa dia menyedari ia berlaku, terjadi dalam keadaan fraction, sangat brief antara 1 – 30 saat. Involuntary sleep. 

Lazimnya ia berlaku apabila seseorang itu sudah terlalu penat (fatigue), mempunyai hutang tidur yang banyak pada masa yang sama berperang untuk terus berjaga dalam melakukan sesuatu kerja yang monotonous seperti melihat skrin komputer, tivi ataupun handphone dan memandu kereta.

Ia berlaku tanpa amaran yang nyata melainkan beberapa tanda yang sekiranya berlaku walau hanya dalam beberapa saat terbukti sangat berbahaya dan boleh menyebabkan kematian. Sejarah juga telah mencatatkan beberapa malapetaka besar dunia yang mempunyai hubungan dan kaitan dengan kejadian microsleep. Ini termasuklah ledakan nuklear Chernobyl, meledaknya kapal angkasa Challenger dan tumpahan minyak Exxon Valdez. 

Apa punca microsleep?

Microsleep boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tetapi orang yang paling berisiko ialah mereka yang mempunyai hutang tidur, sleep deprived atau mereka yang melakukan sesuatu tugasan yang monotonous dan berulang-ulang seperti dinyatakan sebelum ini. 

Microsleep juga sebenarnya boleh berlaku akibat primary sleep disorder seperti Obstructive Sleep Apnea (OSA) bilamana seseorang itu mungkin mempunyai tidur yang cukup tetapi tidak pada kualiti tidurnya akibat OSA  dan juga yang lain-lain seperti narcolepsy dan restless leg syndrome. 

Antara cabaran urbanisasi era sekarang termasuklah pengumpulan hutang tidur ini menerusi mereka yang bekerja secara syif, mempunyai dua-tiga pekerjaan pada satu masa, bekerja dan belajar pada masa yang sama, berjaga lewat malam atau mereka yang mempunyai masalah dalam penyusunan jadualnya sehingga mengakibatkan microsleep berlaku pada waktu ia tidak sepatutnya. 

Dilaporkan juga drowsy driving sangat berbahaya dan mempunyai kesan yang sama kepada tubuh badan sebagaimana seseorang itu mengambil alkohol. Mereka yang berjaga 18 jam tanpa tidur seumpama mempunyai bacaan alkohol dalam darah setinggi 0.05 BAC. (0.08 BAC ialah nilai rujukan seseorang itu mabuk dan had undang-undang di sesetengah negara).

Kenali tanda-tandanya

Antara tanda microsleep ialah:

– Rasa mengantuk

– Mengusap-usap mata berulang-kali

– Menguap dengan banyaknya

– Mata yang menjadi lebih kuyu dan berat

– Rasa penumpuan yang makin hilang, kosong

– Tidak selesa dan moody. 

– Fikiran melayang-layang

– Rasa terlalu sukar untuk mata terus terbuka

– Kereta termasuk ke laluan sebelah

– Kepala tersengguk-sengguk, sebelum anda terkejut dan bangun semula.

Bagaimana nak mencegahnya?

Jadi, sekiranya tanda-tanda tersebut berlaku, berhenti daripada memandu kereta atau mengendalikan sebarang jentera berat. 

  • Dapatkan Power Nap. Power nap hanyalah sekitar 20-30 minit sahaja bagi mengelakkan anda untuk masuk ke fasa deep sleep. Ini kerana deep sleep lebih sukar untuk dikejutkan. Jika anda bangun daripada deep sleep biasanya pula, ia akan drag kepada sleep inertia dan menjadikan lebih tidak fokus dan hilang dalam penumpuan. 
  • Sekiranya travelling (lagi ni nak raya ni)
  • Elakkan memandu dalam keadaan penat, lesu, jet lagged atau di dalam jendela circadian rendah (2-6am). 
  • Memandulah bersama co driver yang boleh menghiburkan dengan nyanyian atau buat kawan sembang atau bergilir-gilir memandu. 
  • Dapatkan rehat yang mencukupi sebelum memulakan suatu perjalanan yang jauh. 
  • Kekal fokus atau mind engaged seperti mendengar radio, podcast yang bersesuaian misalannya. 

Ingat!

Sleep is nonnegotiable biological necessity! 

DR KHAIRIL IDHAM ISMAIL adalah Occupational  Health Doctor (OHD)

Please follow and like us:

Author / Editor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *