OLEH: KHADIJAH IBRAHIM (13.49 pm 10 April 20190

Berbuka puasa di hotel telah menjadi satu daripada gaya hidup warga kota pada bulan Ramadan.  Oleh kerana itu setiap kali menjelang Ramadan,  banyak hotel dan restoran menyediakan menu khas untuk pengunjung berbuka puasa.

Sesetengah berbuka puasa di hotel kerana kesuntukan masa  dan  tidak sempat pulang kerana kesesakan.  Sesetengahnya pula memang merancang terutama pada Sabtu dan Ahad untuk bersama-sama keluarga atau rakan-rakan berbuka di hotel.

Suatu yang menarik ialah  sesetengah hotel atau restoran menyediakan menu tradisi  Melayu yang sekaligus  menjadi tarikan kepada pengunjung yang sudah terlalu biasa dengan menu moden dan semasa.

Hotel Premiera Kuala Lumpur di Jalan Tuanku Abdul Rahman tidak ketinggalan menyediakan menu khas sempena Ramadan tidak lama lagi.  Hotel Premiera terletak tidak jauh dari kawasan membeli belah – di Sogo atau  kedai-kedai pakaian di  sepanjang Jalan Tuanku Abdul Rahman.

Sepanjang Ramadan ini Hotel Premiera menjadikan Dewan Utama di tingkat enam sebagai  tempat berbuka puasa dengan konsep gerai tradisional.  Hidangan secara bufet ini pasti memenuhi selera pengunjung yang memilih Hotel Premiera sebagai tempat berbuka puasa.

Difahamkan  lima chef profesional bertanggungjawab menyediakan semua menu untuk berbuka puasa tahun ini.  Hampir semua menu masakan Melayu ada di gerai bufet Hotel Premiera ini. 

Menu yang dihidangkan itu mengadunkan konsep asas makanan Melayu asli seperti ayam panggang percik madu, udang sambal petai, siput sedut masak lemak cili api disertai dengan menu  kontemporari yang menjadi hidangan sampingan yang menarik.

Selain daripada itu, hidangan goreng panas seperti pisang, keledek dan lain-lain turut disediakan.

Bagi penggemar daging kambing, jangan risau pihak hotel turut menyediakan kambing golek yang dibakar secara tradisi menggunakan arang, diperap dengan adunan rempah yang istimewa bagi mengekalkan rasa daging tersebut.

Kambing golek istimewa.
Gerai membuat apam balik.

Pihak hotel juga tidak lupa kepada penggemar masakan barat. Kepada penggemar pasta,  pelbagai adunan pasta disediakan di gerai di Hotel Premiera ini. Turut disajikan adalah masakan panggang BBQ seperti itik panggang, stew sotong dan potongan ikan bersama sos lemon butter.

Advertisement

Sebelum mengakhiri senarai menu, pengunjung pasti akan mencari pemanis mulut. Bukan setakat kuih muih tempatan seperti ketayap, buah melaka, keria, bubur tapi turut disediakan apam balik yang dibuat terus di gerai.

Kalau hendak buah-buahan, hotel ini ada menyediakan buah-buahan tempatan seperti rambutan, manggis dan durian. Kepada yang tidak tahan bau durian jangan bimbang kerana gerai buah-buahan itu dipisahkan daripada gerai makanan lain.

Pengunjung bukan sahaja menikmati pelbagai jenis makanan, malah turut dihiburkan dengan nyanyian oleh kumpulan Uda Dara. Kumpulan ini akan mengadakan persembahan setiap hari sepanjang Ramadan bermula pukul 6.30 petang hingga 10 malam.

Pihak hotel juga menyediakan surau dan imam untuk memimpin solat terawih sepanjang Ramadan bertempat di tingkat tujuh.

Tidak perlu berfikir panjang, buatlah tempahan sekarang.  Tempahan awal sebelum 5 Mei akan mendapat harga istimewa RM70 bersih berbanding harga biasa RM88.  Kanak-kanak RM40.

Hotel Premiera  Kuala Lumpur juga menyediakan pakej Bilik Ramadan RM350 satu malam termasuk berbuka puasa dan bersahur untuk dua orang.

Tempahan boleh dibuat menerusi laman sesawang www.premiera.com.my atau talian 03-26151000.

Advertisement
Please follow and like us:

Author / Editor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *