Kepada pembaca-pembaca kolum Dari Puncak di Utusan Malaysia, dengan ini  dimaklumkan saya telah menamatkan kolum tersebut bermula Jumaat ini.

Keputusan ini adalah protes saya terhadap pengurusan tertinggi Utusan Melayu  dan tanda simpati kepada kawan-kawan yang masih bekerja dan yang telah mengambil VSS.

Sejak beberapa bulan lalu pihak pengurusan tertinggi Utusan Melayu gagal membayar gaji dan VSS tepat pada masanya. Hal yang demikian sangat menyukarkan kakitangan dan penerima VSS menguruskan kewangan masing-masing.

Walaupun saya sudah lebih tiga tahun berada di luar Utusan Melayu, tetapi  tragedi yang menimpa kawan-kawan tetap menjentik perasaan. Saya sangat faham keadaan mereka.

Tahun lalu saya diundang menulis di Utusan Melayu. Terima kasih di atas undangan itu. Saya menerima dengan tangan terbuka kerana mahu membantu tempat di mana lebih 30 tahun saya berpayung di bawahnya.

Advertisement

Saya faham keadaan kewangan Utusan Melayu dan sanggup menulis dengan percuma bermula 27 September 2018 dan berakhir 3 Mei 2019. Lebih kurang 30 artikel semuanya.  Matlamatnya mahu membantu tempat lama saya.

Tetapi melihat keadaan kawan-kawan terabai, hujung bulan bagai menunggu buah yang entah bila gugurnya, tidak ada ertinya sumbangan saya kepada organisasi ini. Saya zahirkan simpati kepada kawan-kawan dengan protes ini.

Harap pihak pengurusan tertinggi Utusan Melayu melaksanakan tanggungjawab yang baik kepada kakitangan. Walaupun gaji terlalu lewat tetapi mereka tetap bekerja seperti biasa. Tidak sabotaj terhadap majikan seperti yang didakwa pihak tertentu.

Pembaca tetap boleh terus membaca tulisan saya di laman web KUSEMAN.COM

  • KU SEMAN KU HUSSAIN

Advertisement
Please follow and like us:

Author / Editor

One thought on “Saya berhenti menulis di Utusan”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *