Datuk Salahuddin Ayob bersama-sama sebahagian daripada peserta pertandingan Juara Chef Dunia di Putrajaya Selasa lalu.
Datuk Salahuddin Ayub ketika merasmikan pelancaran pertandingan Juara Chef Malaysia di Putrajaya Selalu lalu.

Pertandingan Juara Chef Dunia yang dianjurkan oleh Persatuan Masters Kulinari Malaysia dan ditaja oleh Vesta akan tercatatkan dalam Malaysia Books Records sebagai acara yang mempertandingkan paling banyak jenis masakan dan diadili oleh juri pertandingan yang paling ramai.

Pertandingan ini yang akan diadakan pada 13 Disember hingga 15 Disember depan di Stadium Sultan Abdul Halim, Alor Setar, Kedah mensyaratkan para peserta menyediakan 84 jenis masakan.

Pelancaran awal Juara Chef Dunia telah disempurnakan oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub di Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani di Putrajaya pada Selasa lalu. Turut hadir ialah Konsultan Vesta International Culinary Group, Saifullah Ahmad dan wakil dari Vesta, Yap Bok Tuck.

Terdapat 14 kategori utama  iaitu patisserie, paparan sejuk, dim sum, kuih tradisional Melayu, masakan panas, masakan Jepun, artistik, persembahan, cabaran pub, persembahan yang memaparkan kemewahan makanan (gold opulence service), kemahiran memotong daging, cabaran barista, warga emas dan vegetarian.

Peserta juga dilarang sama sekali menyediakan masakan ataupun hidangan yang mengandungi daging khinzir dan alkohol sebagai antara bahan masakan kerana Juara Chef Dunia pertandingan berkonsepkan mesra kepada semua kaum di Malaysia. Disyaratkan juga menggunakan hasil pertanian Agro sebagai bahan dalam masakan masing-masing.

Advertisement

Rata-rata 69 orang juri profesional dalam dan luar negara yang akan mengadili para peserta Juara Chef Dunia ini dipilih dalam kalangan yang mahir dalam bidang  kulinari. Ini sejajar dengan fokus pertandingan yang lebih menjurus ke arah kemahiran kulinari para peserta.

Dalam apa jua pertandingan, para peserta pasti berhadapan dengan cabaran dan Juara Chef Dunia tidak terkecuali di mana para peserta akan dicabar mempunyai minda yang kuat. Para peserta akan diuji menerusi cabaran berpasukan yang secara tidak langsung memupuk semangat kerjasama  dalam pasukan.

Juara Chef Dunia ini terbuka kepada semua peserta yang mempunyai minat dalam bidang masakan, pastri serta penyediaan makanan dan minuman. Juara Chef Dunia ibarat serampang dua mata kerana selain  melahirkan chef terhebat,  pertandingan ini juga mempromosikan masakan Melayu dan masakan  tempatan ke seluruh dunia.

Menerusi penganjuran Juara Chef Dunia ini diharapkan pelancong dari luar negara akan lebih mengenali makanan Malaysia dan sekaligus melakarkan nama senarai masakan Malaysia di peta dunia .

Advertisement
Please follow and like us:

Author / Editor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *