OLEH LUKMAN SHERIFF

Sebelum saya terus memberi pandangan, saya ingin menyatakan sepertimana sebelum ini, saya bukan pengikut setia Zakir Naik. Cuma saya pertahankan beliau sebab beliau adalah seorang muslim yang menggunakan hujahan dengan cara sivil. 

Tiada keganasan. Hak bersuara orang seperti ini amatlah penting dipertahankan. Cuma disebabkan kesensitifan penduduk Malaysia, ceramah comparative religion beliau pada pandangan saya patut dihadkan kepada “ceramah agama” sahaja dan tidak umum. 

Ceramah topik lain boleh dibuat secara terbuka kerana kita tidak patut tunduk kepada yang memupuk kebencian menggunakan kepalsuan.

Setelah meneliti video, saya jelas Zakir Naik tidak “suruh orang Cina keluar” seperti dinyatakan dan dimulakan  portal Malaysiakini. Jelas Malaysiakini bukan sahaja melanggar etika journalisme tetapi berniat jahat dengan menipu fakta untuk membangkitkan kebencian dan kemarahan kaum. 

Saya sudah menulis surat kepada editor Malaysiakini mengutuk laporan mereka. Saya juga berpandangan lapuran polis boleh dan harus dibuat ke atas Malaysiakini.

Walaupun saya yakin rujukan “guest”  Zakir Naik  merujuk kepada mereka yang datang sebelum merdeka, tetapi saya dapati beberapa rakan taulan Cina terguris bukan sebab Zakir Naik  suruh mereka keluar tetapi menyamakan mereka dengan “guest”. (Sila lihat antara lain pandangan William Cheah (Kembara Kitchen) di posting  Facebook sebelum ini.) 

Saya pun membaca tulisan Zakir Naik sekali lagi dan ia boleh juga terbuka kepada interpretasi merujuk kepada yang ada sekarang. Mungkin Zakir Naik tidak perasan, tetapi kalau boleh diintepretasi sedemikian, pada saya ini salah dan elok Zakir Naik meminta maaf.

Cuma saya ralat satu perkara. Ada sekelompok seperti Dong Zong mempamerkan sikap rasisme yang menghina budaya kita. Hina sangat budaya kita ini sehingga pelajaran jawi  tiga muka surat dikira menderhakai bangsa,  budaya dan bahasa mereka.

 Ini terlampau rasis. Kepada mereka yang kebanyakannya menghentam Zakir Naik sebab kebencian meluap ini, kita tidak patut beri muka. Zakir Naik  tidak patut minta maaf kepada mereka. Tetapi kepada ramai rakan taulan kita yang jujur saya menyeru Zakir Naik  meminta maaf kepada mereka.

Saya amal kesal atas lapuran Malaysiakini yang dibuat semata-mata untuk menghasut kebencian kaum dan agama dengan penipuan. Ketegangan kaum makin meruncing dan ini tidak baik untuk negara kita. 

Penyelesaian jelas hanya boleh didapati dalam konsep “Satu sekolah untuk semua” untuk membendung prejudis dan kebencian. Ini perlu dilakukan dengan segera sebelum ramai lagi anak kita terjebak dengan dalam rasisme yang tidak terubat.

  • LUKMAN SHERIFF adalah peguam. Tulisan ini kali pertama disiarkan di laman sosial Facebook Lukman Sheriff. Ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian KUSEMAN.COM
Please follow and like us:

Author / Editor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *