BANGI, 25 Muharram 1441H, Rabu – Pihak berkuasa khususnya Polis Diraja Malaysia (PDRM) digesa mengambil tindakan tegas terhadap ahli politik parti tamak haloba, DAP yang tanpa segan silu mempamerkan sokongan mereka kepada Kumpulan pengganas Liberation Tigers of Tamil Eelam (LTTE).

Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung yang juga Presiden Multiracial Reverted Muslim (MRM) berkata, tindakan sedemikian perlu bagi mengelakkan keadaan menjadi semakin parah.

“Sebelum ini Ketua Polis Negara memberitahu sesiapa yang menunjukkan sokongan kepada mana-mana kumpulan ekstremis hatta LLTE boleh diambil tindakan.

“Maka ini sudah jelas. Jadi kita harap polis bertindak tegas yang mana ia sekali gus menambah keyakinan kepada rakyat berbilang bangsa dan agama di Malaysia,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.

Beliau berkata demikian mengulas dakwaan seorang lagi wakil rakyat daripada parti tamak haloba, DAP menjadi penyokong tegar kepada kumpulan pengganas di Sri Lanka, LTTE.

Firdaus Wong

Perkara itu didedahkan di laman Facebook Pusat Kajian Ancaman Pengganas dan Misionari di Malaysia semalam. Pendedahan itu menamakan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bagan Dalam, Pulau Pinang, Satees Muniandy yang dikatakan penyokong kuat kumpulan pengganas berkenaan.

Sebelum ini, pemimpin DAP, P Ramasamy pernah didakwa terbabit dengan kumpulan pengganas LTTE apabila gambarnya bersama pengasas dan Setiausaha Agung parti politik, Marumalarchi Dravida Munnetra Kazhagam (MDMK), Vaiko atau V Gopalasamy dimuatnaik di media sosial pada 14 Julai tahun lalu.

Bagaimanapun, dia menafikan dirinya terbabit kumpulan pengganas berkenaan dan mendakwa gambar itu adalah cerita lama iaitu sekitar tahun 2005 hingga 2006 ketika menjadi konsultan pendamai.

Pada masa sama, Firdaus Wong, berharap pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap Ramasamy berikutan pelbagai bukti telah dikemukakan berkaitan Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang itu dengan LLTE serta serpihannya Transnational Government of Tamil Eelam (TGTE).

“Mungkin sekarang ini ada persepsi dalam kalangan rakyat bahawa apabila berkaitan orang Islam cepat diambil tindakan. Contohnya seperti buku berkaitan ISIS, SOSMA. Tetapi apabila berkaitan seperti LTTE, Ramasamy, Kulasegaran, Satees dan ramai lagi ahli parti politik ini, polis tidak begitu tegas.

“Kita berharap pihak berkuasa melakukan siasatan dan tangkapan seperti mana meraka mereka tegas melakukan tindakan itu terhadap orang Islam,” katanya.

LTTE diklasifikasikan sebagai organisasi pengganas oleh lebih 30 negara termasuk Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah. Kumpulan pengganasa yang diketuai V Prabhakaran mencetuskan pemberontakan pemisah untuk mewujudkan wilayah autonomi Tamil Eelam di utara negara pulau itu apabila golongan majoriti Sinhala menindas masyarakat Tamil, iaitu kumpulan minoriti. – ISMAWEB

Please follow and like us:

Author / Editor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *