KUALA LUMPUR 6 Oktober – Sekurang-kurang 19 orang lagi dilaporkan terbunuh pada Sabtu apabila pihak berkuasa Iraq meneruskan tindakan ganas menyuraikan tunjuk perasaan yang memprotes kenaikan kadar pengangguran, rasuah dan perkhidmatan awam yang buruk.
Portal The Jerusalem Post melaporkan, keadaan menjadi semakin buruk apabila beberapa stesen televisyen termasuk Al-Arabiya diserang oleh lelaki bertopeng pada Sabtu. Sumber memberitahu, ini dipercayai bertujuan menghalang siaran menerusi Al-Arabiya menyebarkan mengenai protes itu.
Selain Al Arabiya, beberapa stesen televisyen lain yang diserang ialah NRT dan Diljah TV. Penyerang dipercayai mengatur serangan beberapa stesen televisten itu kerana berlaku pada yang masa yang serentak.
Stesen Al Arabiya menjadi sasaran pertama penyerang bertopeng dan wartawan Al Arabiya memberitahu mereka telah menerima ugutan beberapa hari lalu. Pada 5 Oktober penyerang itu benar-benar datang. Serangan berlaku pukul 10.04 malam waktu tempatan.
Penyerang dilaporkan menyerang wartawan dan memusnahkan peralatan stesen televisyen tersebut termasuk telefon bimbit. Wartawan yang menjadi mangsa dipetik sebagai berkata, mereka menghubungi pihak polis tetapi tidak ada yang datang memberi pertolongan.
Sementara itu NRT pula melaporkan, penunjuk perasaan relah membakar ibu pejabat Parti Badr yang terletak dI Nasiriyah pada pukul 8 malam waktu tempatan. Dua jam kemudian ibu pejabat NRT di Baghdad pula diserang
Tindakan menyerang stesen televisyen itu telah mendapat kecaman daripada orang ramai di dalam dan luar negara Iraq. Bagaimanapun setakat tujuan dan pihak yang mengarahkan serangan itu masih belum jelas.
Dalam satu tweet pada pukul 9 malam waktu tempatan mendakwa Perdana Menteri Adel Abdul-Mahdi mengarahkan Diljah TV ditutup. Bagaimanapun melihat pada tindakan menyerang wartawan dan memusnahkan peralatan di stesen televisyen, sumber menganggap ini suatu melampaui arahan kerajaan tetapi dipercayai dilakukan oleh organisasi separa tentera.
Tunjuk perasaan di Iraq ini mencatatkan lebih 105 maut dan keadaan tidak memperlihatkan kerajaan mampu mengekang keradaan ini merebak di banyak kawasan lain di Baghdad.