Sebahagian daripada peserta Seminar Antarabangsa Budaya Nusantara di Moscow baru-baru ini.

PADA 19 September 2019, Seminar Antarabangsa Budaya Nusantara diadakan di Pusat Budaya Sastera Timur Perpustakaan Negara Rusia di Moscow.

Seminar itu dianjurkan oleh Pusat Budaya Sastera Timur bersama dengan Persatuan Nusantara yang ditubuhkan pada tahun 1990 dan menyatukan para pengkaji dan sarjana sejarah dan budaya sebahagian wilayah Asia Tenggara yang juga dikenali dengan nama Nusantara. 

Dari enam kertas kerja yang dibentangkan di seminar itu tiga daripadanya  bertemakan sastera dan budaya Melayu: Pencarian Kreatif  SN Anwar Ridhwan  (pembentang Dr. Victor A. Pogadaev), Transformasi Imej Hang Tuah dan Hang Jebat Dalam Sastera, Budaya dan Politik  (pembentang Dr. Eugenia S. Kukushkina) serta Tema Utama Teka-Teki Melayu (pembentang Dr. Marina V. Frolova)

Kumpulan cerpen karya Kemala yang diterjemah ke bahasa Rusia.

Seminar dihadiri kira-kira 50 peserta, termasuk para mahasiswa beberapa  IPT di sekitar Moscow. Antara tetamu kehormat yang hadir ialah Timbalan Duta Rusia di Singapura Olga V. Kharlamova dan Kepala Perwakilan Tourism Malaysia di Moscow Jeffri Munir.

 Seminar itu berakhir dengan pelancaran dua buku penulis Malaysia yang diterjemahkan ke dalam bahasa Rusia oleh Dr. Victor А. Pogadaev  iaitu kumpulan cerpen Perempuan Yang Jatuh dari Langit  yang memuatkan  cerpen-cerpen oleh SN Anwar Ridhwan, S.M. Zakir dan Ruhaini Matdarin serta antologi puisi SN Kemala , Pemilik Rindu Kudus.

Selain daripada itu para peserta mendeklamasikan puisi Melayu dan Indonesia dalam bahasa asal dan terjemahannya ke dalam bahasa Rusia.

Antaranya puisi SN Usman Awang, SN Kemala, SN Siti Zainon Ismail dan  Kasim Ahmad. Indonesia diwakili oleh penyair dan kulturolog Iwan Kurniawan.  

OLEH DR VICTOR A. POGADAEV Timbalan Presiden Persatuan Nusantara.
Please follow and like us:

Author / Editor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *