KUALA LUMPUR, 20 Dis – Menegakkan undang-undang bukan melepaskan kemarahan. Inilah yang berlaku apabila hakim tidak dapat mengawal perasaan hingga menjejaskan kepercayaan rakyat kepada undang-undang.

Ketua panel tiga hakim di Pakistan memutuskan bahawa bekas Presiden Pakistan, Perves Musharraf dijatuhkan hukuman mati.

Beliau juga mengarahkan mayat bekas pemimpin tentera Pakistan dalam buangan itu diseret dan digantung selama tiga hari jika didapati meninggal sebelum menjalani hukumannya.

Arahan ketua panel hakim itu mencetuskan kemarahan kerajaan dan juga rakyat kerana menganggap arahan itu melampau dan mengaibkan jenazah.

Agensi berita Reuters melaporkan dari Islamabad, Mahkamah Khas menjatuhkan hukuman mati pada Selasa selepas bekas pemimpin itu didapati bersalah atas tuduhan khianat dan menggulingkan Perlembagaan pada 2007 bagi mengekalkan kuasa.

Sementara mahkamah juga mengarahkan penguat kuasa undang-undang menangkap Musharraf yang sedang mendapatkan rawatan di Dubai bagi memastikan hukuman mati dapat dijalankan.

Hukuman seret dan gantung mayat itu dianggap sangat melampau oleh Menteri Undang-Undang Pakistan, Farogh Naseem dan kerajaan sedang berusaha untuk menyingkirkan ketua panel tiga hakim, Waqar Ahmad Seth yang didakwa melanggar perundangan kehakiman.

Jelasnya, selepas disingkirkan hakim berkenaan tidak boleh mempunyai kuasa untuk menjadi hakim di mana-mana mahkamah di Pakistan.

Bagaimanapun kenytaan menteri  itu sekali gus membangkitkan ketegangan antara para hakim dan dibawa ke pengetahuan Perdana Menteri  Imran Khan.

Please follow and like us:

Author / Editor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *