KUALA LUMPUR, 20 Dis – Kejayaan awal sudah dicapai oleh Summit KL 2019 apabila syarikat dan agensi kerajaan negara-negara Islam memeterai lima Memorandum Persefahaman (MoU) di sini hari ini.

Perjanjian tersebut melibatkan program pertukaran belia, keselamatam makanan, pusat kecemerlangan, kerjasama media serta bidang berkaitan keselamatan dan pertahanan, lapor Bernama.

MoU itu antaranya untuk menjayakan program ‘Work4Malaysia’, yang diusahakan oleh firma perunding Turki, Mental HR Consultancy. Program itu menyediakan peluang kepada bakat-bakat dari Malaysia untuk mengikuti latihan dan kerjaya di pelbagai sektor di negara itu.

Menurut Bernama, firma berasaskan pertanian, Baladna dari Qatar pula akan bekerjasama dengan Felda Bhd dalam usahasama projek tenusu secara besar-besar.

Tiga pihak telah menandatangani perjanjian untuk menubuhkan pusat kecemerlangan khusus untuk penyelidikan dalam meneroka bidang saintifik dan tekonologi tinggi iaitu Kumpulan Industri-Kerajaan Bagi Teknologi Tinggi Malaysia (MIGHT), Lembaga Ilmu Pengetahuan Indonesia (LIPI), International Center for Chemical dann Biological Studies dari Pakistan dan Majlis Penyelidikan Saintifik Turki.

Bagi sektor keselamatan dan pertahanan, syarikat Composites Technology Research Malaysia Sdn Bhd (CTRM) menandatangani MoU dengan  Turkish Aerospace Industries (TAI), Turki bagi pembangunan masa depan dalam bidang penyelidikan dan teknologi baharu serta modal insan.

Organisasi media Malaysia dan Turki juga bersetuju menubuhkan sebuah pusat komunikasi bagi memerangi Islamofobia.

Pertukaran dokumen perjanjian itu disaksikan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, Presiden Iran, Hassan Rouhani dan Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan.

Please follow and like us:

Author / Editor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *