Gambar kapal yang ditahan disiarkan oleh laman web IRIB.

KUALA LUMPUR, 31 Dis –  Emeriah Arab Bersatu (UAE)  menuntut sebuah kapal bersama 16 orang kru warga Malaysia yang ditahan oleh Pasukan Pengawal Revolusi Iran (IRCC) 15 batu nautika dari Abu Musa, salah sebuah kepulauan di Telok Arab.

Menurut agensi berita AFP, laman web stesen TV, IRIB melaporkan rampasan itu melibatkan sebanyak 1.3 juta liter minyak dari kapal tidak dinamakan itu di kawasan 15 batu nautika dari Abu Musa.

“Ia adalah kapal keenam yang disyaki menyeludup minyak dan dirampas,” kata jurucakap unit tentera laut IRGC, Brigadier Jeneral Ali Ozmayi.

Pada masa sama ketegangan semakin meningkat di Teluk pada tahun ini selepas Amerika Syarikat meningkatkan kempen memberikan tekanan maksimum terhadap  Iran  selepas ia menarik diri daripada perjanjian nuklear, Tindakan Komprehensif Bersama (JCPOA) pada 2018.

Pada September lalu, Iran merampas sebuah bot dan menahan 12 kru warga Filipina yang didakwa terlibat dalam sindiket mencuri minyak di Selat Hormuz, lapor AFP lagi.

Kerana itu langkah sama turut diambil ke atas kapal tangki minyak asing di perairan Teluk pada 14 dan 31 Julai lalu, namun ia tidak mendedahkan identiti kapal serta kru mereka.

Sementara itu Bernama melaporkan, Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah, berkata Malawakil (Pejabat Perwakilan Malaysia) di Iran, sedang mendapatkan maklumat terperinci berhubung perkara itu.

“Setakat ini, kami telah mendapat beberapa maklumat baharu tetapi masih perlu pengesahan…identiti rakyat Malaysia belum dapat dikenal pasti. Kenyataan rasmi berhubung perkara ini akan dikeluarkan Wisma Putra nanti,” katanya kepada Bernama.

Please follow and like us:

Author / Editor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *