Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA) membantah sekeras-kerasnya cadangan Pemangku Menteri Pendidikan Tun Mahathir Mohamad untuk melaksanakan pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris.

Keputusan melaksanakan nya semula sangat bertentangan dengan aspirasi Pendidikan nasional dan akan merosakkan tahap pendidikan anak bangsa, terutamanya pelajar luar bandar.

Telah terbukti sebelum ini pencapaian dalam peperiksaan merudum dan banyak pembaziran berlaku apabila perbelanjaan untuk melaksanakan PPSMI tidak mendatangkan kebaikan.

PPSMI telah pun berlalu pada 2002-2010, dan telah banyak meninggalkan kesan buruk kepada tahap pencapaian para pelajar.
Kajian yang dibuat oleh UPSI pada 2009 merekodkan kemerosotan sehingga 80% di Sekolah Kebangsaan dan di Sekolah Menengah sehingga program ini dibatalkan pada 2010.

PENA mendesak Tun M membatalkan hasrat tersebut atau akan berhadapan semula penentangan rakyat bagi menolak PPSMI sebelum ini.

PENA akan bersama-sama rakyat untuk menentang program PPSMI kerana kami percaya langkah pelaksanaan PPSMI akan merosakkan sistem pendidikan kebangsaan dan menghancurkan masa depan anak bangsa.

Sepatutnya Tun M menumpukan usaha pemulihan kepercayaan rakyat terhadap kerajaan, bukannya menambahkan kemarahan rakyat.

Negara mungkin akan menghadapi gelombang huru-hara yang lebih hebat jika PPSMI dilaksanakan juga.

DR MOHAMAD SALEEH RAHAMAD, Presiden PENA

31 Januari 2020

Please follow and like us:

Author / Editor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *