RAZALI AWANG melaporkan dari Gazientep sempadan Syria -Turki.

SEPANJANG hayat Ahmed Abu Emad tidak pernah mengecapi nikmat keamanan seperti kanak-kanak lain yang sebaya dengannya.

Selepas melalui segala sengsara akibat konflik yang kini memasuki tahun kesembilan, dia dan keluarganya yang berasal dari Aleppo, Syria berharap suatu hari akan berpeluang untuk memulakan hidup baru di negara ketiga.

Jumaat lalu, saat yang ditunggu tiba apabila Presiden Recep Tayyib Erdogan mengumumkan untuk membuka pinta sempadannya dengan Greece bagi membolehkan pelarian Syria yang berada di Turki pergi negara Eropah.

Tanpa menoleh ke belakang, keluarganya segera ke Ipsala, di sempadan Turki-Greece untuk memulakan perjalanan.

Ahmed yang maut ditembak di kerongkong di sempadan Greece – Turki Isnin lalu
Antara puluhan ribu pelarian Syria membanjiri sempadan Turki-Greece selepas Erdogan membuka pintu sempadan negara itu untuk mereka berhijrah ke Eropah.

Namun usaha untuk menyeberanginya tidak mudah kerana pihak berkuasa di seberang sempadan mengawal ketat perbatasan yang dipagari dengan kawat berduri.

Advertisement

Selepas dua hari menunggu dalam keadaan cuaca sejuk dan kekurangan makanan, pada pagi Isnin (2 Mac 2020) bersama ribuan yang berada di situ, Ahmed dan keluarganya nekad untuk melepasinya.

Malang tidak berbau, ketika dalam kekalutan, sebutir peluru yang dilepaskan pihak berkuasa Greece tepat mengenai kerongkongnya.

Ahmed tumbang dan kemudian menemui ajal di tempat kejadian. Segala impiannya berakhir di situ.

Di hari yang sama, tragedi yang serupa turut menimpa kepada sekumpulan pelarian Syria yang cuba menyeberangi Laut Aegean untuk ke Greece.

Agensi berita AFP mengesahkan seorang kanak-kanak lelaki mati lemas selepas bot yang dinaikinya karam di luar pantai pulau Lesbos.

RAZALI AWANG adalah sukarelawan Media Syria Care yang menulis untuk KUSEMAN.COM

Advertisement
Please follow and like us:

Author / Editor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *