DARIPADA RAZALI AWANG di Atma, Syria.

KEPUTUSAN Turki untuk membuka pintu sempadannya dengan Greece memberi harapan baru kepada pelarian Syria yang berlindung di negara itu untuk berhijrah ke negara Eropah.

Mereka yang selama menanti peluang itu tidak tunggu lama. Sebaik diumumkan, ribuan pelarian bergerak melalui jalan darat menuju ke Erdine yang memisahkan kedua-dua negara.

Pergerakan dimudahkan lagi kerana Ankara turut menyediakan bas untuk membawa pelarian ke sana.

Namun begitu, perjalanan sebahagian besar daripada mereka hanya berakhir di wilayah Turki. Ini kerana Athens tetap dengan keputusan untuk tidak membenarkan mana-mana pelarian memasuki wilayahnya.

Percubaan pelarian untuk melepasi kawat berduri memakan nyawa pertama Isnin lalu apabila Ahmed Abu Emad ajal selepas cedera di kerongkong akibat ditembak oleh pihak berkuasa Greece.

Salah seorang pelarian Syria menunjukkan kesan kecederaan di belakang badan akibat dibelasah oleh pihak berkuasa Greece.
Dalam keadaan cuaca dingin di penghujung musim sejuk, pelarian dibogel dan sesetengahnya direndam dalam sungai sebelum dihalau menyeberang sempadan ke Turki.

Kecederaan yang dialami menyebabkan kanak-kanak pelarian Syria yang berasal dari Aleppo itu gagal diselamatkan dan akhirnya dia dikebumikan di tanah Turki.

Di hari yang sama, di hari yang sama, tragedi yang serupa turut menimpa kepada sekumpulan pelarian Syria yang cuba menyeberangi Laut Aegean untuk ke Greece.

Agensi berita AFP mengesahkan seorang kanak-kanak lelaki mati lemas selepas bot yang dinaikinya karam di luar pantai pulau Lesbos.

Bagi pelarian yang berjaya melepasi kawat, perjalanan mereka tidak semudah yang difikirkan.

Ada musibah lebih besar sedang menunggu.

Greece bukan sahaja menghantar polis dan askar tetapi anggota komandonya untuk memberkas pelarian.

Pelarian yang ditangkap dibelasah tanpa perikemanusiaan. Dalam keadaan cuaca dingin di penghujung musim sejuk, pelarian dibogel dan sesetengahnya direndam dalam sungai sebelum dihalau menyeberang semula sempadan ke Turki.

“Mereka membogelkan dan mengambil wang serta beg kami. Mereka menggunakan batang plastik untuk memukul pelarian wanita. Barat selalu mendakwa menghormati hak asasi manusia. Mana pergi hak asasi manusia di sini.,” luah pelarian Syria kepada Middle East Eye.

Katanya, pengalaman ngeri itu dilalui selepas dia bersama-sama mereka yang lain berjaya menyeberangi sempadan dan kemudian ditangkap askar dan komando Greece.

Dalam salah satu gambar yang dikongsi di media sosial dan kemudian menjadi tular, salah seorang mangsa menunjukkan kesan kecederaan di belakang badan akibat dibelasah.

Dalam keadaan sehelai sepinggang, puluhan ribu pelarian masih mengharapkan ihsan negara Eropah membuka pintu untuk mereka mulakan hidup baru.

Namun hakikatnya ia tidak seperti yang diharapkan. Begitu banyak ujian getir menunggu sekiranya mereka berjaya melepasi Greece. Foto TRT World/Screengrab

RAZALI AWANG adalah sukarelawan Media Syria Care yang menulis untuk KAYANG POST

Please follow and like us:

Author / Editor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *