Covid-19 akan cepat merebak di penjara dan semua pusat tahanan Syria kerana tahap kebersihan yang daif, kekurangan air bersih dan keadaan begitu padat. (Gambar: SOHR)

OLEH RAZALI AWANG

AMNESTY International mendesak regim Bashar al Assad supaya memberi kerjasama kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan pertubuhan kemanusiaan bagi mengelak penularan Covid-19 di penjara, pusat tahanan dan hospital tentera.

Tegas pertubuhan hak asasi manusia itu, setiap tahanan mempunyai hak untuk dilindungi dan mendapat rawatan dari ancaman pandemik.

Menurut Amnesty International, ketika ini berpuluh ribu mereka yang dipenjara dan ditahan berisiko dijangkiti virus berkenaan kerana keadaan yang tidak bersih.

“Di penjara dan pusat tahanan Syria, Covid-19 akan merebak dengan cepat kerana tahap kebersihan yang daif, kekurangan air bersih dan keadaan yang begitu padat,” kata Pengarah Penyelidik bagi Asia Barat, Amnesty International, Lynn Maalouf.

Advertisement

Dalam kenyataan yang dikeluarkan, beliau turut membidas layanan regim selama ini ke atas mereka yang ditahan dan dipenjara kerana telah dinafikan hak untuk mendapat rawatan dan ubat-ubatan.

Katanya, Bashar mempunyai rekod buruk berhubung layanan ke atas seteru politiknya.

“Semua tahanan politik, pejuang hak asasi manusia dan mereka yang dipenjarakan kerana memperjuang hak perlu dibebaskan segera tanpa syarat.

Pembebasan awal tahanan berisiko, seperti yang telah tua atau mereka yang berada dalam tahap kesihatan yang lemah perlu diambil kira,” kata Amnesty International. – KUSEMAN.COM

• RAZALI AWANG adalah sukarelawan Media Syria Care yang menulis untuk KUSEMAN.COM.

Advertisement
Please follow and like us:

Author / Editor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *