Dianggarkan 100,000 pelarian akan menjadi korban virus Covid-19 di Idlib sekiranya tiada bantuan kecemasan dihantar segera- Dr Munzer al-Khalil Pengarah Kesihatan Idlib. (Gambar: Syria Care).
OLEH RAZALI AWANG

KEMENTERIAN Kesihatan Syria mengesahkan berlaku korban kedua akibat jangkitan wabak Covid-19.

Menurut agensi berita Xinhua, mangsa meninggal dunia ketika mendapat rawatan kecemasan di sebuah hospital di ibu negara, Damsyik.

Mengulas perkembangan yang sama, Syrian Observatory for Human Rights (SOHR), mendakwa wanita itu dijangkiti virus selepas mendapat rawatan di hospital.

“Korban akibat Covid-19 telah meningkat kepada dua kes, wanita dan jururawat. Tetapi regim Bashar berterusan menyembunyikan punca sebenar dengan mendakwa kematian disebabkan paru-paru berair”, kata SOHR dalam kenyataanya.

Korban pertama Covid-19 dilaporkan pada 23 Mac lalu membabitkan remaja perempuan berusia 20 tahun yang baru pulang dari luar negara.

Namun begitu tiada butiran lanjut mengenainya diberikan.

Bashar al-Assad

Dalam kenyataan yang sama, Bashar turut mengesahkan sembilan lagi rakyatnya disahkan positif virus Covid-19.

Advertisement

Namun begitu angka yang diberikan diragui kerana jumlah sebenar dipercayai beratus kali ganda.

Dalam laporannya, sumber SOHR di kawasan yang dikuasai regim mendakwa 260 kes dilaporkan di Damsyik, Aleppo, Latakia, Tartus, Homs, Hama dan Daraa.

Daripada angka itu, hanya 94 disahkan negatif.

Keraguan mengenai jumlah sebenar ada logiknya kerana ketika ini terdapat ribuan askar asing khususnya dari Iran yang dibawa bagi membantu regim.

Menurutn SOHR, di Al Mayadeen yang terletak di pinggir selatan Aleppo, 29 orang telah dijangkiti virus berkenaan membabitkan 16 warga Iran dan 13 warga Iraq.

Iran masih mengekalkan kedudukan negara paling teruk dilanda wabak Covid-19.

Sehingga 31 Mac 2020, dengan jumlah korban seramai 2,757 orang yang membabitkan 41,495 kes. – KUSEMAN.COM

RAZALI AWANG adalah sukarelawan Media Syria Care yang menulis untuk KUSEMAN.COM

Advertisement
Please follow and like us:

Author / Editor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *