OLEH NAFSIAH JANI

BILANGAN mangsa pandemik Covid-19 yang meningkat setiap hari di Malaysia membuatkan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kekurangan peralatan perlindungan diri (PPE) bagi kegunaan petugas Frontliners di hospital.

Terpanggil dengan keadaan ini dan menyedari Tanggungjawab Sosial  Korporat [CSR], Butik Dato’ Radzuan Radziwill bersama rangkaian tukang jahit beliau telah memulakan usaha murni membantu membekalkan PPE  kepada petugas frontliners.

“Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan,saya banyak habiskan masa menonton TV. Dari situ saya melihat nurse menjahit di atas meja, di atas lantai baju khas bagi kegunaan petugas  frontliners yang tidak mencukupi.

“Itu yang buat saya terpanggil untuk menyiapkan tujuh peralatan PPE (pakai buang) yang diperlukan oleh pasukan petugas kesihatan di seluruh negara merangkumi jaket panjang, sarung kaki (bergetah), sarung kasut, tudung dan topi.

Radzuan Radziwill sedang menyiapkan PPE untuk disumbangkan kepada pihak hospital bagi membantu mengatasi kekurangan pakaian itu ketika wabak Covid-19 sekarang ini.

“Saya bertuah kerana pihak Hospital Serdang dan Hospital Sungai Buluh membekalkan kain untuk dijahit. Kain non-wowen fabric ini mengikut piawaian KKM dan bukannya kain sembarangan. Baju khas ini pula hanya boleh digunakan sekali sahaja.

“Buat masa ini pakaian yang sudah disiapkan akan terus menghantar ke hospital yang sangat memerlukan seperti Hospital di Kluang, Johor yang mempunyai banyak kes,’’kata Radzuan ketika dihubungi BebasNews.

Radzuan bertuah kerana turut dibantu pelanggan-pelanggannya yang turut menghulurkan sumbangan dan turut mencari dana bagi membantu KKM.

Sejak lapan hari lalu, Radzuan bersama pekerja-pekerjanya sudah menyiapkan lebih 500 set  PPE untuk dihantar ke beberapa hospital di sekitar Lembah Kelang

Radzuan menambah,”Setakat ini saya dah ada sembilan orang pembantu dan saya juga bersyukur kerana ramai pereka fesyen yang bersetuju membantu. Hasil sumbangan yang kami dapat bolehlah digunakan untuk membeli fabrik piawaian KKM ini sendiri dari sebuah syarikat pembekal kain di Bayan Lepas, Pulau Pinang.

“PPE yang diperlukan harus mengikut spesifikasi yang ditetapkan oleh KKM. Kerana itu, saya harus menjaga kualiti jahitan pakaian khas tersebut. Selaku penyelaras saya kena bertanggungjawab terhadap baju-baju tersebut.’’

Memandangkan lebih banyak set PPE diperlukan berdasarkan situasi semasa pandemik Covid-19, Radzuan mengajak seluruh rakan-rakan pereka fesyen untuk tampil bersama-samanya menyediakan keperluan buat pihak hospital yang memerlukan.

Kata Radzuan lagi, ini merupakan masa terbaik untuk semua pereka fesyen sama-sama buat kerja amal membantu kerajaan di waktu sukar.

“Saya rasa inilah masanya untuk kita semua buat kerja-kerja amal. Apa salahnya kita guna kemahiran dan kepakaran kita bantu KKM. Saya percaya, jika lebih ramai pereka fesyen yang turut serta, pihak hospital tentu sekali akan merasa lega kerana bekalan PPE mampu ditampung.

“Sumbangan kita semua sudah pasti memberikan makna yang cukup besar bukan sahaja kepada pihak hospital bahkan kepada mangsa-mangsa Covid-19.’’

Mereka yang ingin menghulurkan sumbangan membeli bahan mentah tersebut bolehlah menyumbang ke nombor akaun MBB : 16244 1194064 Nor Haffiza Husni @ Karim. What app resit kepada +60123214455/+60127863544.

Senarai nama penyumbang akan disiarkan dalam IG dan Facebook Radzuan Radziwill. Semoga usaha ini mendapat keberkatan dan membantu sedikit sebanyak usaha memerangi virus Covid-19 Ini. – BEBASNEWS.

Please follow and like us:

Author / Editor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *