Haji Muhammad Fauzi Asmuni

KENYATAAN MEDIA BERKENAAN ISU PELARIAN ROHINGYA

1. Kerajaan Malaysia perlu meningkatkan dirinya hingga mampu menangani dan menjuarai isu kemanusiaan di peringkat serantau.

2. Pelarian Rohingya adalah antara isu serantau yang tidak mendapat perhatian baik dari banyak negara jiran. Nasib malang yang menimpa mereka, sepatutnya mendapat pembelaan di peringkat ASEAN terutamanya dari negara yang berkongsi laut dengan mereka iaitu Thailand, Indonesia dan Malaysia.

3. Untuk menjuarai isu kemanusiaan serantau ini, Malaysia mesti mendesak Myanmar dengan kuat dan melobi negara-negara ASEAN lain untuk menekan Myanmar agar menghentikan segala bentuk diskriminasi dan penindasan terhadap etnik Rohingya.

4. Pada masa yang sama kerajaan perlu mengusulkan satu tabung kemanusiaan khas dan pembangunan pendidikan untuk menangani isu pelarian etnik Rohngya.

5. Berkenaan isu penolakan kemasukan pelarian Rohingya yang berlaku baru-baru ini, kami berpandangan itu hanyalah jalan terakhir kalau sekiranya sudah diusahakan segala jalan yang lain. Tetapi pada masa yang sama, tindakan itu mestilah disusuli dengan tindakan yang menjamin keselamatan nyawa pelarian tersebut.

Advertisement

6. Pada masa yang sama, pejuang kebebasan Rohingya dalam kalangan etnik Rohingya sendiri adalah dinasihatkan lebih kuat melobi di peringkat antarabangsa agar sekurang-kurangnya hak mereka sebagai rakyat Myanmar diiktiraf dari segi undang-undang. Mereka mesti berjuang ke arah itu dan bukannya mendesak mana-mana kerajaan lain seperti Malaysia untuk memberikan mereka taraf kewarganegaraan.

7– Komuniti pelarian Rohingya di Malaysia sama ada berdaftar dengan UNHCR mahu pun tidak, mesti menghormati budaya dan undang-undang Malaysia serta sumbangan bantuan kemanusiaan yang diberikan. Sebarang tindakan yang melampaui batas akan menyebabkan rasa tidak puas hati rakyat Malaysia yang akan membawa kepada desakan agar keistimewaan ini ditarik balik.

HJ. MUHAMMAD FAUZI ASMUNI Timbalan Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)

24 April 2020

Advertisement
Please follow and like us:

Author / Editor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *