Mekanisme WHO supaya melakukan penjarakan sosial sukar dilakukan di utara Syria dan nasib pelarian di ambang maut.

Oleh Razali Awang

Tidak banyak yang dipetik media antarabangsa mengenai perkembangan semasa kes pertama jangkitan Covid-19 di utara Syria selepas menjadi perhatian pada 9 Julai lepas.

Sehingga 14 Julai, iaitu hampir seminggu ia dikesan, tiga lagi kes Covid-19 di utara Syria dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan lapan orang.

Jika dinisbah dengan jumlah pelarian dan penduduk di wilayah berkenaan, maklumat yang dikumpul Early Warning Alert and Response Network (EWARN) menunjukkan jumlah mereka yang disaring begitu kecil.

Berdasarkan maklumat yang dimuat naik, hanya 2, 695 telah disaring satu jumlah yang begitu kecil jika dibandingkan dengan jumlah pelarian dan penduduk di utara Idlib yang kini mencecah hampir empat juta orang.

Usaha untuk mendapat perkembangan terkini mengenai penularan wabak itu juga satu cabaran atas banyak faktor.

Selain kekurangan peralatan untuk menguji virus, halangan lebih besar adalah faktor keselamatan, kedudukan logistik dan tabu itu sendiri, di mana kaum wanita “terkurung” dengan adat dan tidak dibenarkan berjumpa dengan orang luar.

Sehingga kini dari kes yang disahkan positif, sebahagian besar mereka adalah kluster dari hospital di Bab Al Hawa.

Selain mereka yang berada di premis berkenaan dikenakan kuarantin, kebimbangan yang menjadi persoalan bagaimana dengan pesakit yang berinteraksi dengan mereka sebelum ini?

Keadaa kem pelarian yang berselerak dengan keadaan yang begitu daif dan usaha untuk memutuskan rangkaian Covid-19 menjadi satu cabaran begitu payah kerana faktor konflik.

Mekanisme Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) supaya orang ramai mengamalkan penjarakan sosial untuk memutuskan rangkaian Covid-19, mengamalkan kebersihan dan lain-lain amat payah untuk dilaksanakan di utara Syria.

Makan, pakai dan tempat tinggal pun bergantung kepada ihsan luar, inikan pula untuk mengikut standard macam di kawasan aman. Foto MMC.

Inilah Syria…

RAZALI AWANG adalah sukarelawan Media Syria Care.

Please follow and like us:

Author / Editor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *