Anwar Ibrahim

Oleh Abdul Hakim Rahman

KUALA LUMPUR, 15 Okt – Polis Diraja Malaysia (PDRM) memanggil Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membantu siasatan berhubung penyebaran senarai nama 121 Ahli Parlimen yang didakwa menyokong beliau sebagai perdana menteri.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Datuk Huzir Mohamed dalam kenyataan memaklumkan pihaknya telah menerima 113 laporan polis berhubung perkara itu.

Sehubungan itu, Anwar telah diminta untuk hadir memberi keterangan pada 16 Oktober di pejabat Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bukit Aman.

Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Anwar sepatutnya dipanggil memberi keterangan jam 11 pagi Isnin lalu, namun setiausaha sulitnya memaklumkan beliau hanya dapat hadir pada Selasa jam 9 pagi.

Bagaimanapun temujanji itu ditangguhkan polis. – ASTRO AWANI

Please follow and like us:

Author / Editor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *