Oleh Mohd Jamizal Zainol

MUKTAHIR ini ada cadangan untuk membentuk semula bangsa Malaysia. Malaysia terdiri daripada tiga kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India. Setiap kaum mempunyai sejarah, budaya, tradisi dan agama yang tersendiri. Kita tidak berupaya mencabut akar sejarah, budaya, agama dan tradisi kaum masing-masing kerana itu ialah hakikat kewujudan (existence and being) dan realiti setiap kaum yang harus kita hormati.

​Namun demikian, sebagai sebuah negara bangsa yang meletakkan perpaduan sebagai inti kepada kelangsungan (survival) negara bangsa seperti Malaysia, maka saya tidak menolak keperluan untuk kita mengukir nilai-nilai bersama (shared values) sebagai prasyarat bagi mewujudkan bangsa Malaysia. Prasyarat bermakna kegagalan kita mendakap nilai bersama ini, maka teori bangsa Malaysia itu akan menjadi suatu utopia sahaja.

​Mengapa nilai bersama sangat penting? Sebagai sebuah kerajaan yang sudah diberikan kuasa untuk mentadbir rakyatnya adalah suatu hal yang sangat penting supaya kuasa dan nilai bersama ini diselaraskan. Apabila kuasa dan nilai bersama diselaraskan, ia menjadi lebih mudah untuk rakyat patuh. Kurang paksaan diperlukan dan ini membawa kepada produktiviti sosial yang lebih besar.

​Sebagai contoh, jika kerajaan memutuskan bahawa kerajaan mahu rakyatnya membayar cukai GST, rakyat tidak terlalu cenderung untuk mematuhi jika rakyat tidak mempunyai nilai bersama yang dikongsi bersama kerajaan. Walaupun rakyat mematuhi, ia akan menjadi pematuhan yang terpaksa. 

Gagasan bangsa Malaysia menuntut iltizam daripada semua kaum dengan memperkasakan nilai-nilai bersama. (Gambar hiasan Bernama).

Walau bagaimanapun, jika rakyat telah berkongsi nilai bersama dengan kerajaan, rakyat mungkin berfikir “Saya tidak suka membayar cukai sekarang, tetapi membayar cukai adalah baik untuk kita semua”. Natijahnya, bukankah ini lebih menarik dan mudah dalam sebuah negara?

​Apakah nilai bersama itu? Dengan ini saya mencadangkan nilai bersama itu ialah Toleransi (Toleration), Kesetiaan (Loyalty) dan Bermaruah (Dignity). Mengapa saya memilih tiga nilai bersama tersebut? Ini kerana nilai bersama itulah manifestasi kepada prinsip-prinsip Rukun Negara.

​Toleransi – Toleransi adalah manisfestasi kepada prinsip Rukun Negara yang pertama iaitu ‘Kepercayaan Kepada Tuhan’. Frasa yang digunakan ialah ‘Tuhan’ bukan frasa ‘Allah’. Maksudnya, Malaysia ialah sebuah negara yang meraikan pelbagai agama. Walaupun Islam ialah Agama Persekutuan tetapi agama-agama lain dipraktikkan secara bebas. 

Ingin saya tekankan bahawa kepercayaan kepada Tuhan bermakna bangsa Malaysia percaya kepada suatu kuasa yang mentadbir dunia ini. Adanya kehidupan selepas kematian di mana Tuhan akan mengadili baik dan buruk yang kita lakukan di dunia ini. 

Faham kehidupan selepas kematian akan memperkuatkan moral dan etika bangsa Malaysia supaya melakukan kebajikan sepanjang hidup di dunia. Bangsa Malaysia menolak budaya hedonisme ekstrim, rasuah dan budaya tamak nikmat dunia sehingga menzalimi bangsa lain kerana kepercayaan bahawa setiap kejahatan akan dibalas di kehidupan akhirat.

​Memang benar ada pihak yang skeptikal apabila berbicara soal toleransi kerana ini dianggap sebagai menerima sahaja idea, pandangan dan perbuatan walaupun ia bertentangan dengan kepercayaan dan adat masyarakat kita. Pada mulanya saya juga skeptikal adakah kita perlu bertoleransi pada mereka yang menyampaikan pandangan yang salah? 

Manusia mempunyai pelbagai pandangan dan rencam pemikiran mereka. Sebenarnya, perbezaan pandangan itu adalah suatu nikmat dan rahmat yang perlu diraikan. Tetapi dengan satu prasyarat iaitu kita hanya bertoleransi pada idea, pandangan dan perbuatan selagi mana ia tidak menggugat keselamatan awam, kesihatan awam dan nilai-nilai moral masyarakat Malaysia. Sudah tentu had-had ini mesti disenaraikan secara objektif oleh pihak kerajaan supaya ianya jelas dan tidak menjadi konflik antara rakyat dan kerajaan.

Advertisement

​Kesetiaan – Kesetiaan ialah manifestasi kepada prinsip-prinsip Rukun Negara ‘Kesetiaan Kepada Raja dan Negara’, ‘Keluhuran Perlembagaan’ dan ‘Kedaulatan Undang-Undang’. Nilai kesetiaan akan mengukuhkan konsep negara bangsa Malaysia. Malaysia terbina dari tradisi, adat dan budaya ratusan tahun. 

Semua kaum harus mendakap dan menerima Raja-Raja Melayu sebagai Ketua Negara dan berperanan sebagai penimbang tara bagi konflik yang berlaku yang dalam kalangan ahli politik berdasarkan peruntukkan Perlembagaan Negara. 

Rukun Negara adalah teras pada nilai-nilai bersama antara kaum di negara ini.

Kesetiaan juga bermaksud semua kaum menerima doktrin-doktrin asas Perlembagaan iaitu Islam sebagai Agama Persekutuan, Hak Istimewa Melayu dan Pribumi, Kedaulatan Raja-Raja Melayu dan bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan. Mendakap dan menerima  bermaksud bukan hanya penerimaan di atas kertas dan di bibir tetapi memastikan tiada polisi dan undang-undang yang bertentangan dengan doktrin-doktrin asas ini.

​Bermaruah- Bermaruah ialah manifestasi kepada prinsip Rukun Negara ‘Kesopanan dan Kesusilaan’. Prinsip ini menekankan kepada prinsip ‘adab’ yakni kebolehan membuat tindakan yang betul (right action) berdasarkan prinsip moral dan etika yang benar. Hidup bermaruah bermakna bangsa Malaysia bukanlah bangsa yang korup dan miskin ilmu. Bangsa Malaysia ialah mereka yang melakukan kebajikan demi negara dan memahami bahawa amalan buruk akan dibalas buruk sama ada di dunia atau di akhirat. Bangsa Malaysia yang bermaruah ialah bangsa yang rajin dan kuat berusaha.

​Dalam hal ini, sikap cukup makan dan budaya subsidi masih menghantui sebahagian besar kaum Melayu di negara ini. Kerajaan sudah memberikan peluang seluas-luasnya kepada Melayu untuk maju, terutama dalam bidang ekonomi. Tetapi disebabkan hasad dengki, tiada inovasi, dan miskin ilmu kadangkala perniagaan yang dijalankan tertangguh sekerat jalan dan mengalami kerugian. 

Dalam arus global sekarang, sikap tidak yakin bangsa Melayu kepada diri sendiri dikenalpasti sebagai halangan utama untuk terus maju. Sindrom itu menyebabkan peluang terbaik dalam perniagaan, lebih banyak dilepaskan kepada bangsa asing. Melayu perlu bersikap terra incognita, iaitu mencari ruang baru dan berani melakukan perubahan untuk terus bersaing.

​Saya yakin dengan nilai bersama Toleransi, Kesetiaan dan Bermaruah yang berteraskan kepada prinsip Rukun Negara kita dapat membentuk bangsa Malaysia. Jika kita boleh bersetuju dan menerima nilai bersama ini maka ia wajar dijadikan identiti negara. 

Apabila rakyat dan kerajaan mempunyai identiti yang sama maka akan wujudlah saling kepercayaan (mutual trust) antara rakyat dan kerajaan. Kepercayaan adalah asas kepada pembinaan negara bangsa yang mengamalkan sistem demokrasi. 

Kepercayaan inilah nanti akan mengekalkan keharmonian dan keamanan negara. Sekarang tibalah masanya supaya nilai-nilai bersama ini digarap dan dihayati oleh semua rakyat Malaysia supaya bangsa Malaysia yang kita cita-citakan bukan hanya suatu utopia tetapi boleh direalisasikan. – BH

  • MOHD JAMIZAL ZAINOL adalah Pengerusi, Pusat Polisi dan Hal Ehwal Ekonomi Malaysia (PEACE)

Advertisement
Please follow and like us:

Author / Editor

One thought on “Nilai bersama prasyarat bangsa Malaysia”
  1. Hancurkan saja semua pendatang2 ini agar bumi tanah melayu ini aman tanpa adanya cina dan india di malaysia ini …kita org melayu perlu bersatu hati dan berani bersihkan bumi tanah melayu ini dari org cina dan india yg makin hari makin besar kepala…makin berani menentang perlembagaan negara dan makin berani menghina agama kita…bangsa kita dan raja2 melayu kita…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *