A Samad Said[/caption]

[caption id="attachment_1107" align="alignnone" width="184"] Muhammad Haji Salleh

Anwar Ridhwan

Kementerian Pendidikan dengan kerjasama Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) dan Kota Buku menganjurkan Himpunan Penulis Malaysia di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR) UKM pada 16 November ini.

Program sehari suntuk ini disertai oleh Sasterawan Negara dan penulis dari seluruh negara bermula pukul 9 pagi hingga 8 malam. Sebelah malam pula diadakan acara deklamasi puisi yang turut disertai oleh Menteri Pendidikan Dr Maslee Malik.

Antara forum yang menjadi tumpuan ialah Persuratan dan Peradaban : Jalan Ke Depan yang disertai oleh Sasterawan Negara A Samad Said, SN Muhammad Haji Salleh, SN Anwar Ridhwan, SN Kemala dan SN Zurinah Hassan. Moderator ialah Ketua Satu Gapena, Zainal Abidin Borhan.

Forum-forum lain, Tidak Perlu ‘Penulis Wanita’, Sastera Malaysia: Pemikiran Baru dan dialog awam antara persatuan penulis dengan Dr Maslee Malik. Moderator ialah Sayed Munawar Sayed Mustar.

Bagaimanapun ada pihak yang cuba memberikan persepsi bahawa perhimpunan ini menjurus pada kepentingan politik dan menganggap ia tidak lebih untuk sasterawan dan penulis yang menjadi “penjilat” kerajaan. Tanggapan ini terlalu umum dan tidak adil pada tujuan perhimpunan yang sebenarnya bukan pertama kali diadakan.

Advertisement

Tanpa menafikan ada segelintir penulis yang membiarkan diri mereka diperalatkan untuk kepentingan politik pihak tertentu, tetapi adalah suatu yang tidak bertanggungjawab melabelkan dan membina persepsi bahawa sebahagian besar prnulis diperalatkan.

Kita mempunyai penulis-penulis termasuk generasi muda yang sangat tegas prinsip moral mereka serta menolak sebarang percubaan pihak tertentu menunggang mereka. Tentulah tidak adil kepada majoriti penulis apabila dilabelkan sebagai “penjilat” kerajaan.

Sepatutnya kritikan terhadap penulis “pemjilat” itu lebih khusus dan kalau berani sebut sahaja siapa mereka. Ini tentu lebih baik daripada memukul rata seolah-olah majoriti penulis membiarkan mereka ditunggang oleh golongan politik.

Himpunan Penulis Malaysia juga dimeriahkan dengan jualan buku oleh lebih 30 syarikat dan orang perseorangan di sekitar DECTAR.

Advertisement
Please follow and like us:

Author / Editor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *