Oleh: Ku Seman Ku Hussain

Lukisan ‘Sepi’ cat minyak atas kanvas 2013
Tree of Life kini hanya di dinding kediaman saya.
Berita tumbangnya Tree of Life yang disiarkan di Utusan Malaysia 11 Januari 2019.

Saya melihat ia sepi sendirian.  Sebelah pagi berwarna hijau dan sebelah senja memberikan imej siluet yang sangat menawan. Ia bagai tidak berkawan kerana duduknya di puncak sebuah bukit kecil yang jauh terasing dari yang lain.

Demikianlah sepohon rendang pokok telinga gajah di Ladang 16, Universiti Putra Malaysia (UPM).  Difahamkan pokok yang nama saintifiknya Cyclocarpum ini sudah ada di ladang itu sejak lebih 40 tahun lalu.

Dalam kalangan pelajar-pelajar UPM, pokok unik ini digelar Tree of Life  yang mengilhamkan sebuah kehidupan yang tenang dan aman.  Inilah hasil alam yang perlu dibaca dengan jiwa sambil menikmati keunikannya.

Pokok ini banyak digunakan oleh jurugambar profesional  terutama untuk  menghasilkan iklan.  Kedudukannya di sebuah puncak seperti bukit kecil menonjolkan pokok ini seolah-olah kesepian  pada saban subuh, rembang dan senja.

Banyak juga jurugambar  yang memanfaatkan keindahan alam sekitar  pokok ini untuk  merakamkan pose artis-artis  dan pasangan pengantin untuk disiarkan di majalah.  Sebenarnya pokok ini tidak sepi,  ia banyak  menerima kunjungan  pada pencinta keindahan semula jadi.

Imej pokok ini juga pernah dipaparkan di badan kapalterbang Airbus 320  AirAsia yang terbang dan singgah di  banyak  pangkalan udara di luar negara.   Bagaimanapun keindahan berakhir apabila  pokok itu tumbang pada 6 Januari lalu tumbang dan mati akibat serangan kulat Rigidoporus Lignosus yang menyebabkan kerosakan pada akar.

Advertisement

Pokok itu sempat mengilhamkan saya menghasilkan sebuah lukisan cat minyak di atas kanvas pada tahun 2013 bertajuk ‘Sepi’. Bagaimanapun imej pokok itu sudah tidak realiti seperti yang dilihat, saya memberikan sentuhan surrealis dan abstrak.  Seperti juga kehidupan kita yang bukan sahaja realisme tetapi juga surrealis dan penuh abstrak.

Kini hilanglah siluet pada senja yang melintas sebuah perkebunan yang ramah dan mesra menghamparkan keindahan.  Tree of Life sudah menyembah bumi.  Ia cuma terus hidup di dinding kediaman saya.

Advertisement
Please follow and like us:

Author / Editor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *