KUALA LUMPUR,  13 September  – Majlis Ulama ISMA (MUIS) menyokong tindakan tegas  Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menyekat sebarang doktrin bertentangan dengan Ahli Sunnah Wal Jama’ah yang cuba dipaksa ke atas umat Islam di negara ini  khususnya dalam isu serbuan terhadap penganut Syiah di Gombak baru-baru ini.

Pengerusi MUIS, Dr. Mohd Soberi Awang berkata, tindakan tegas tersebut selaras dengan kehendak syarak dan merupakan antara peranan serta tanggungjawab utama ‘ulil amri’ (pemimpin) iaitu memelihara umat Islam daripada sebarang fahaman bidaah atau sesat yang boleh merosakkan akidah umat Islam.

“Mencegah fahaman sesat antaranya seperti ajaran Syiah adalah memenuhi tanggungjawab nahi mungkar yang perlu dilaksanakan oleh pemerintah. 

“Perbezaan antara kita (Sunni) dan ajaran Syiah bukanlah pada perkara-perkara furu’ (cabang), tetapi ia melibatkan berkaitan perkara-perkara usul (asas) dalam akidah seorang muslim. 

“Bagaimana mungkin kita boleh menerima mereka yang langsung tidak menghormati bahkan menghina sahabat Nabi SAW? Bagaimana mungkin kita mengiktiraf mereka yang menokok tambah serta menyelewengkan isi kandungan al-Quran? 

Dr Soberi Awang

Bagaimana mungkin kita menerima mereka yang mengangkat manusia (imamah Syiah) melebihi para Rasul sendiri? Inilah antara fahaman akidah sesat ajaran Syiah yang cuba diserap ke dalam diri umat Islam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Mohd Soberi lagi, fahaman kononnya Malaysia tidak menentukan bentuk Islamnya berdasarkan Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan  adalah suatu tuduhan tidak berasas. 

Advertisement

Ini kerana memahami Islam di Malaysia menurut Perlembagaan Persekutuan  bukanlah sekadar merujuk teks tersebut, tetapi perlu juga melihat kepada undang-undang negeri kerana secara umumnya perkara berkaitan Islam adalah di bawah kuasa Negeri (Jadual Kesembilan,  Perlembagaan Persekutuan)

“Mufti Selangor pada 24 September 1998 dan terbaru pada Oktober 2013 telah mengeluarkan fatwa bahawa ajaran Syiah bercanggah dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jama’ah yang perlu disekat sepenuhnya. 

Fatwa tersebut berdasarkan penyelewangan yang dibawa oleh ajaran ini pada sudut akidah, syariah dan lain-lain. Oleh itu, serbuan yang dilakukan JAIS adalah berperlembagaan merujuk kepada Seksyen 12(C), Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995. Maka ajaran Syiah bukanlah salah satu daripada mazhab pegangan Islam di Malaysia,” jelas beliau lagi.

Beliau juga menyeru seluruh umat Islam pada semua peringkat sama ada pemimpin atau masyarakat awam bersama-sama dalam memelihara Islam di Malaysia daripada sebarang fahaman sesat yang boleh merosakkan fahaman asal Islam. 

“Jika kita benar jujur ingin melihat perpaduan umat Islam tercapai, antaranya adalah dengan menyekat doktrin seperti ajaran Syiah yang boleh membawa perpecahan dalam kalangan umat Islam,” katanya.

Advertisement
Please follow and like us:

Author / Editor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *