Oleh Basir Abu Bakar 20 September 2019 3:56 PM

KUALA LUMPUR 20 Sept. – Polis menyiasat satu rakaman video yang menunjukkan seorang pemimpin negara hadir ke satu acara yang dikesan mengagungkan sebuah kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) di Pulau Pinang.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, tindakan tegas akan diambil polis terhadap pihak atau individu yang dikesan terbabit dengan aktivit pertubuhan pengganas dari luar negara seperti yang tular di media sosial baru-baru ini.

Selain itu menurutnya, beberapa keping gambar aktiviti kumpulan itu yang menunjukkan beberapa individu berarak dengan bendera pertubuhan berkenaan turut tular di media sosial.

Advertisement

Abdul Hamid Bador menjelaskan, pihak polis negara ini memandang serius dan tiada kompromi dalam perkara berkenaan serta sedia maklum mengenai isu berkenaan.

Abdul Hamid Bador

“Kami sudahpun ketengahkan permasalahan perkara ini di peringkat Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan keputusannya akan dibuat dalam sedikit masa lagi kerana sekiranya benar mereka mengagungkan pertubuhan pengganas luar negara ia amat tidak kena dan tidak sepatutnya berlaku di negara ini.

“Pihaknya akan bertindak adil dalam isu ini.,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Advertisement
Please follow and like us:

Author / Editor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *