Pengambilan pengawal keselamatan perlu mengutamakan warga tempatan berbanding warga asing. (Gambar FMT)

MENTERI Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah membuat beberapa kenyataan mengenai isu pengawal keselamatan dari Nepal baru-baru ini. Antaranya beliau menyarankan supaya sektor perkhidmatan keselamatan mengambil lebih banyak  warga tempatan sebagai pengawal keselamatan dan berhenti bergantung kepada orang asing.

Dasar semasa kerajaan hanya membenarkan pengambilan warga asing secara sementara dan terhad kepada warganegara Nepal.

Tetapi mengapakah kita sering melihat orang Bangladesh dan Pakistan sebagai pengawal keselamatan ? Adakah ini bermakna mereka bekerja secara haram?

Kerajaan  disarankan supaya meningkatkan usaha untuk menarik lebih banyak warga tempatan bekerja dalam sektor ini. Pakej latihan yang baik, gaji yang berpatutan dan skim persaraan akan mewujudkan imej profesion yang menarik dan , dengan itu akan menggalakkan  warna tempatan berkerja dalam sektor ini.

Teknologi baru mestilah digunakan untuk meningkatkan kecekapan, supaya pergantungan kepada pekerja asing dapat diminimakan bersesuaian dengan keperluan negara.

Muhyiddin seterusnya menyatakan bahawa perkhidmatan keselamatan swasta memainkan peranan dalam membantu negara membendung jenayah, mengekalkan ketenteraman serta keselamatan awam dan hartanah. Walaupun jenayah ganas telah turun secara umum, perkara ini tidak boleh diambil mudah.

Beliau juga telah memberi amaran kepada syarikat-syarikat keselamatan supaya mematuhi dan mengelakkan diri daripada melakukan kesalahan yang serius. Pelanggaran undang-undang boleh  menyebabkan ancaman keselamatan kepada rakyat.

Kementerian Dalam Negeri telah membatalkan lesen 62 syarikat perkhidmatan keselamatan kerana pelbagai masalah sejak 2013, termasuk mengambil pekerja haram, gagal melakukan pemeriksaan terhadap pekerja, menggunakan dokumen pengenalan palsu, dan kesalahan berkaitan senjata api.

Pengawal keselamatan memainkan peranan penting dalam menjaga premis perniagaan, kediaman, tempat awam, serta menjadi mata dan telinga polis. Mereka menyediakan maklumat berkaitan jenayah kepada polis, membantu mencegah dan membendung aktiviti jenayah.

Berikut adalah pandangan kami mengenai pengambilan pekerja asing sebagai pengawal keselamatan:

Kerajaan dan industrialis mestilah komited untuk mencipta sektor keselamatan swasta yang ‘revitalised’ dalam dasar ekonomi yang meletakkan kepentingan industri, pekerja dan keperluan negara, berbanding dengan pengimportan warga asing yang tidak terkawal ke tanah air kita.

Terdapat kadar pengangguran yang tinggi dalam kalangan rakyat dalam khususnya dalam sektor ini kerana pekerjaan itu telah  diambil oleh orang asing yang sanggup menerima gaji yang rendah kerana kesulitan mendapatkan pekerjaan di negara mereka. Adalah paling tidak adil untuk menawarkan gaji rendah sebegitu kepada warga tempatan.

Advertisement

Di Singapura, firma keselamatan membayar gaji tinggi untuk pengawal keselamatan Malaysia. Mereka berasa bermaruah dan bangga dengan pemberian cuti tahunan, faedah perubatan, faedah pekerjaan, bonus dan lain-lain faedah lain seperti yang diperlukan oleh Undang-Undang Buruh.

Ramai pekerja asing di negara ini tidak dapat berkomunikasi dalam Bahasa Kebangsaan, atau pun dalam kebanyakan bahasa yang dituturkan oleh rakyat Malaysia. 

Tiada bukti menunjukkan pekerja asing berminat mempelajari bahasa  Melayu. Pekerja asing tidak peduli dengan sejarah, tradisi, budaya dan adat istiadat Malaysia. Ini boleh membawa kepada kegagalan berkomunikasi, yang tentunya boleh membawa kepada banyak situasi kritikal.

Pengurusan keselamatan mestilah berada di tangan warga Malaysia  yang sepatutnya setia kepada negara. Oleh yang demikan maka warganegara Malaysia mesti dipilih. Sebaliknya, pengawal keselamatan asing jarang sekali menghiraukan kepentingan nasional negara ini.

Sokongan, pembiayaan dan latihan yang serius daripada pihak kerajaan untuk kakitangan keselamatan tempatan adalah mandatori.

Kami sering mendengar pemimpin dan industrialis negara di negara ini menyalahkan warga tempatan sebagai malas, mempunyai masalah sikap, dan tidak boleh dipercayai. Tetapi pada hakikatnya, masalah sebenar adalah daripada industri yang tidak menyediakan gaji dan faedah yang setimpal kepada warga tempatan.

Kebanyakanny pihak dalam industri hanya berminat dengan matlamat keuntungan yang mengorbankan kepentingan negara.

Adakah anda pernah meminta pengawal keselamatan asing membantu anda mendapatkan maklumat? Kami pernah.  Tetapi jarang dapat berkomunikasi dengan berkesan kerana mereka tidak pandai bertutur dan memahami bahasa kita.

Pengawal keselamatan sepatutnya menjadi salah satu faktor penting untuk mengurangkan kadar jenayah di negara ini, serta dapat memberikan sokongan penuh kepada pasukan polis yang sentiasa berusaha untuk membasmi jenayah. Pasukan keselamatan swasta yang ahlinya terdiri daripada warga tempatan adalah yang terbaik untuk tujuan ini.

Muhyiddin telah bercakap dengan baik tentang perkara ini. Beliau kini perlu bertindak menguatkuasakan apa yang beliau katakan.

  • OLEH DATO’ PROFESOR EMERITUS  DR HASHIM YAACOB dan ADI SUKMA. 
Advertisement
Please follow and like us:

Author / Editor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *