Gambar hiasan

KUALA LUMPUR, 10 November – Walaupun telah banyak wanita menjadi ‘lelaki alam maya’ yang menjaja cintanya, nampaknya masih banyak juga yang belum mengambil iktibar dan terpedaya dengan pujuk rayu menerusi media sosial.

Sindiket ‘love scam’ telah menjana keuntungan yang besar hasil daripada sikap tidak endah sesetengah dalam kalangan wanita terhadap mala petaka yang berlaku kepada wanita lain.

Hari ini di Johor Bahru,  seorang ibu tunggal telah kerugian hampir RM400,000  hanya kerana mahu menyelamatkan ‘suami’ yang kononnya ditahan oleh pihak kastam negara ini.  Untuk membebaskan ‘suami’ yang hanya dikenali di Facebook itu, wanita itu terpaksa membayar kepada sindiket yang menyamar sebagai pegawai kastam.

Menurut laporan Bernama, mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Miss Lee, 50, berkata, dia mengenali ‘suaminya’ itu bernama Kenneth Cheung sejak Oktober tahun lepas melalui laman sosial Facebook bagaimanapun tidak pernah bersemuka dengan suspek. 

“Dia (suspek) berjanji menghantar hadiah berupa cincin, gelang, baju dalam, berlian, jam tangan dan dua Iphone . Tetapi pada 6 November tahun lepas, seorang ‘ejen kastam’ telah menghubungi saya memaklumkan  suspek telah ditahan bersama-sama hadiah berkenaan. Saya diminta membayar sejumlah wang untuk mendapatkan barang berkenaan.”  katanya.

Menurut wanita itu, dia telah memasukkan wang ke dalam beberapa akaun bermula pada hari itu hingga 4 Disember lepas dengan jumlah sebanyak RM380,000. 

“Duit itu saya peroleh dengan menjual rumah saya di Kota Masai, Pasir Gudang dan menggunakan duit simpanan,” katanya pada sidang media di Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri Stulang, Johor  hari ini.

Advertisement

Miss Lee berkata, dia tidak percaya lelaki itu menipunya kerana pernah membuat panggilan video ketika lelaki yang dianggap suaminya ditahan dan melihat keadaannya semakin kurus kononnya tidak diberi makan oleh ejen terlibat, selain rambutnya sudah panjang.

“Saya harap mereka (ejen) dapat kembalikan suami saya dan hadiah itu kepada saya,” katanya yang kini tinggal bersama adiknya di Taman Scientex, di sini.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Stulang Andrew Chen Kah Eng berkata, pihaknya sudah membuat laporan polis di Balai Polis Seri Alam setelah mangsa datang ke pejabatnya untuk memohon pertolongan.

“Saya diberitahu bahawa polis mengklasifikasikan kes ini sebagai ‘love scam’ dan diharapkan masyarakat lebih berhati-hati dalam kes seperti ini,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Seri Alam Supt Ismail Dollah yang dihubungi Bernama mengesahkan ada menerima laporan terbabit dan kes kini disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Advertisement
Please follow and like us:

Author / Editor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *