KUALA LUMPUR, 15 Nov –   Seperti  banyak pihak menjangka bahawa pihak yang menghadiri majlis  memperingati ulang tahun ke 30 Perjanjian Damai Hatyai antara kerajaan Malaysia dan Parti Komunis Malaya (PKM) adalah pertubuhan yang haram di sisi undang-undang.

Jumaat lalu Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengesahkan enam daripada sembilan pertubuhan yang dipercayai menghadiri majlis  berkenaan  di Kajang, Selangor merupakan pertubuhan haram. 

Majlis yang diadakan secara terbuka itu menjadi tular di media sosial dan mengundang kebimbangan dalam kalangan orang ramai kerana boleh menghidupkan kembali ideologi komunis yang diharamkan oleh kerajaan.  Majlis itu diadakan tidak lama selepas terbongkar sekumpulan Cina menyeludup abu mayat Chin Peng ke negara ini.

Muhyiddin Yassin

Muhyiddin berkata,  pihaknya telah menerima laporan mengenai perkara itu dan mendapati tiga pertubuhan sahaja yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) dan selebihnya merupakan pertubuhan haram.

“Dari laporan yang saya terima (bermakna) mereka tidak berdaftar. Mereka (enam pertubuhan itu) adalah pertubuhan yang haram,  hanya tiga (pertubuhan) sahaja yang berdaftar dengan ROS,” katanya kepada  Bernama  di Pagoh, Johor Jumaat lalu.

Beliau menegaskan,  pihak polis kini sedang meneliti secara mendalam  sebab-sebab semua pertubuhan berkenaan menganjurkan majlis yang dianggap boleh mencetuskan kebimbangan kepada orang ramai.

“Penting untuk kita ambil kira ialah kenapa mereka terlibat dalam aktiviti yang dikatakan ada kaitan dengan Chin Peng, komunis , apakah ini satu usaha untuk menunjukkan ada minat untuk membawa semula ideologi lama itu?

Hasil siasatan akan diumum dan,  kalau terbukti ia ada kaitan dengan usaha untuk menghidupkan semula ideologi komunis,  maka kita perlu ambil tindakan tegas,” kata Muhyiddin  yang merupakan Ahli Parlimen Pagoh.

Muhyiddin, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gambir itu juga berkata memandangkan PKM sudah diharamkan, ideologi komunis sepatutnya tidak harus diwujudkan lagi di Malaysia.

Advertisement

“Kita ada sistem demokrasi berparlimen yang mana sejak 60 tahun sudah berjalan dengan baik, negara aman, maka jika ada langkah-langkah yang terpesong daripada sasaran yang ada, kita tidak boleh pandang ringan. Oleh itu, apa sahaja jenis kegiatan kita perlu pantau,” katanya.

Terdahulu, ROS dalam satu kenyataan berkata daripada sembilan pertubuhan yang dipercayai terlibat dalam majlis peringatan itu, hanya tiga telah dikenal pasti sebagai pertubuhan yang berdaftar di bawah Akta Pertubuhan 1966 [Akta 335].

Bernama juga melaporkan,  ROS telah mengambil tindakan dengan mengeluarkan notis di bawah Seksyen 66, Akta Pertubuhan 1966 [Akta 335] supaya ahli jawatankuasa pertubuhan berkenaan hadir ke jabatan untuk memberi keterangan berkaitan penglibatan pertubuhan dalam majlis peringatan itu.

Ketika ditanya sekiranya ada keperluan untuk mendedahkan nama enam pertubuhan haram itu, Muhyiddin berkata ia penting bagi memberi kesedaran kepada ahli-ahli dalam pertubuhan itu.

“Mungkin yang terlibat itu tidak sedar bahawa mereka terlibat dengan kegiatan sebegitu (tapi) kalau mereka datang daripada pertubuhan yang tidak berdaftar, sepatutnya mereka tidak boleh menjalankan apa-apa kegiatan. Itu melanggar undang-undang negara dan kita boleh ambil tindakan,” katanya.

Pada 1 Dis lepas, sebuah portal berita melaporkan satu perjumpaan dan perhimpunan dipercayai melibatkan bekas anggota PKM dianjurkan di Kajang, sebagai memperingati ulang tahun ke-30 Perjanjian Damai Hatyai yang ditandatangani kerajaan Malaysia dan PKM pada 2 Dis 1989.

Advertisement
Please follow and like us:

Author / Editor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *