Al-Sultan Abdullah bersalam dengan Presiden Turki, Recep Tayyib Erdogan pada perasmian KL Summit di Kuala Lumpur pada Khamis. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Penyatuan ummah dan pembangunan komuniti menjadi teras terpenting dalam menangani pelbagai cabaran yang mendepani umat Islam ketika ini.

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyifatkan platform Sidang Kemuncak Kuala Lumpur 2019 (KL Summit 2019) merupakan pentas antarabangsa dalam mencari penyelesaian isu-isu tersebut.

“Saya berbesar hati melihat semua pemimpin, pegawai-pegawai, pemikir dan yang lain bersama pada hari ini.

“Anda mewakili pelbagai lapisan ummah, kepelbagaian komuniti, simbol penyatuan di bawah satu bumbung.

“Kehadiran anda semua hari ini merupakan satu indikasi kepada hala tuju tepat yang kita cari. Bagi beta, kehadiran anda semua merupakan sumber cahaya untuk membantu kita mencapai matlamat dan aspirasi bersama,” titah baginda ketika menyampaikan Titah Diraja Perasmian Sidang Kemuncak KL di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini pada Khamis.

Titah baginda, para pemimpin yang hadir mewakili setiap lapisan ummah yang akan membantu mencapai matlamat bersama.

Advertisement

“Anda mewakili pelbagai lapisan ummah, kepelbagaian komuniti, simbol penyatuan di bawah satu bumbung.

“Kehadiran anda semua hari ini merupakan satu indikasi kepada hala tuju tepat yang kita cari.

“Bagi beta, kehadiran anda semua merupakan sumber cahaya untuk membantu kita mencapai matlamat dan aspirasi bersama,” titah baginda.Kebencian dan tidak bertoleransi semakin memuncak sekali gus memerlukan penyelesaian, titah Al-Sultan Abdullah.

“Kita kini hidup dalam dunia yang luas – dunia yang terbahagi kepada pelbagai kategori hingga kita menentang satu sama lain.

“Sifat kebencian dan tidak bertoleransi semakin memuncak. Laporan berita hari ini dipenuhi dengan kesedihan dan kepedihan disebabkan oleh tragedi dan kematian.

“Bagaimanapun, ia tidak seharusnya berlaku dan kita perlu muhasabah diri untuk mencari keamanan, menjadikan Islam sebagai agama yang menggalakkan rasional, pemikiran saintifik dan etika yang luhur,” titah baginda. ASTRO AWANI

Advertisement
Please follow and like us:

Author / Editor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *