KUALA LUMPUR: Potong elaun menteri, bukan elaun penjawat awam!

Demikian tegas Menteri Belia Dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pada Selasa.

Kenyataan yang dibuat menerusi Twitter itu susulan satu pekeliling yang dikeluarkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) baru-baru ini.

“Potong elaun ahli politik dan menteri, bukan elaun kritikal bagi doktor, ahli farmasi, jururawat muda.

“Saya bantah pekeliling baru JPA yang melibatkan banyak anak muda dalam sektor kerajaan.

“Saya pendekkan cuti saya, pulangkan elaun percutian dan teruskan potongan gaji 10 peratus,” katanya. 

Difahamkan, sebanyak lapan jenis elaun penjawat awam akan dihapuskan kerajaan berdasarkan pekeliling tersebut.

Antara elaun itu termasuk ialah bayaran insentif menaip jawi, elaun khas penolong pemungut hasil tanah, insentif profisiensi bahasa Inggeris, bayaran insentif angkat najis, elaun kritikal doktor.

Penamatan elaun itu dirujuk kepada Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 10 Tahun 2019 yang dikeluarkan pada 20 Disember 2019. – ASTRO AWANI

Advertisement
Please follow and like us:

Author / Editor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *