Pengumuman gencatan senjata oleh Rusia tidak menjanjikan harapan. (Gambar fail Moscow Times)
OLEH RAZALI AWANG

RUSIA dan Turki mencapai persetujuaan untuk melaksanakan gencatan senjata baru di Idlib.

Perkara berkenaan disahkan salah seorang pegawai kanan tentera Rusia, Mejar Jeneral Yury Borenkov melalui laman Facebook rasminya.

Melalui pengumuman yang dibuat, beliau memaklumkan gencatan senjata berkuatkuasa di kawasan bebas perang pada pukul 2 petang waktu Moscow (11:00GMT).

Perkara berkenaan dilaksanakan selepas persetujuan bersama dicapai antara Moscow dan Ankara.

Sehingga kini kumpulan Hay’at Tahrir al Sham (HTS) yang menguasai sebahagian besar Idlib tidak memberi sebarang reaksi berhubung perkembangan berkenaan.

Orang awam banyak menjadi mangsa kekejaman regim Bashar al Assad. (Gambar Syria Care)

Disember lepas Turki telah meminta Rusia untuk melaksanakan gencatan senjata dan menghantar wakil ke negara itu bagi membincangkan isu berkenaan.

Pada bulan yang sama juga regim Bashar al Assad dan sekutunya melancarkan serangan tanpa henti ke atas kawasan yang masih menjadi kubu kuat kumpulan anti kerajaan. 

Advertisement

Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB),  pada Disember  sahaja hampir 300,000 orang awam telah melarikan diri ke kawasan bersempadan dengan Turki bagi mencari perlindungan.

Pengumuman gencatan senjata sebelah pihak yang dibuat Moscow bukan perkara baru kerana pada September 2019, gencatan yang sama telah duat selepas serangan tanpa henti dibuat pada April 2019.

Secara keseluruhan seramai 11,215 nyawa termasuk 1,000 kanak-kanak telah menjadi korban konflik di Syria sepanjang 2019.

Meskipun angkanya melebihi 10,000 orang,  jumlah berkenaan dianggap paling rendah sejak kebangkitan rakyat menentang regim Bashar pada Mac 2011. 

  • RAZALI AWANG adalah sukarelawan Media Syria Care yang menulis untuk KUSEMAN.COM
Advertisement
Please follow and like us:

Author / Editor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *