OLEH RAZALI AWANG
Seramai 19 maut termasuk enam kanak-kanak dalam siri serangan udara yang dilancarkan tentera regim Bashar al Assad dan sekutunya Rusia di utara Syria pada Sabtu.

Menurut Syrian Observatory for Human Rights serangan ke atas bandar Binnish di Idlib telah menyebabkan tujuh terbunuh.
Manakala serangan yang sama ke atas Al Nayrab yang terletak di tenggara Aleppo telah meragut lapan nyawa.

Sementara itu dalam laporan yang disiarkan Canadian Press, White Helmets melaporkan serangan yang mengenai kawasan persimpangan yang sibuk di tengah bandar Idlib telah membunuh sekurang-kurangnya enam orang.

Seramai 19 maut di utara Syria selepas serangan udara yang dilancarkan regim Bashar dan Rusia mengenai orang awam.
Regim Bashar dan sekutunya melancarkan lebih 80 siri serangan udara dan bom meskipun mengumumkan gencatan pada Khamis lepas.
Advertisement

Dalam tempoh dua hari, selepas Moscow mengumumkan gencatan senjata di bahagian selatan Idlib, lebih 80 siri serangan udara dilancarkan ke atas kawasan orang awam.
Rusia mendakwa serangan berkenaan sebagai tindak balas pencabulan yang dilakukan kumpulan penentang di kawasan zon bebas perang.

Tarikh sebenar pelaksanaan gencatan senjata yang diumumnya sebelum ini masih menjadi tanda tanya.

Kementerian Pertahanan Turki memaklumkan ia hanya dikuatkuasa pada Ahad (12 Januari 2019) sedangkan Kremlin melalui kenyataan yang dibuat pegawai kanannya, Mejar Jeneral Yury Borenkov memberitahu gencatan senjata berkuatkuasa pada Khamis pukul 2 petang waktu Moscow (11:00GMT). /Foto Syria Care

  • RAZALI AWANG adalah sukarelawan Media Syria Care yang menulis untuk KUSEMAN.COM
Advertisement
Please follow and like us:

Author / Editor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *