OLEH RAZALI AWANG


Sanggup bakar bahan bertoksid untuk mendapatkan haba bagi memanaskan badan di musim sejuk.

Ia bukan kisah rekaan, tetapi itulah yang berlaku kepada pelarian Syria di lembah Bekaa, Lubnan.

Kisah mengenai kesengsaraan yang ditanggung mereka dikongsi dalam laporan yang disiarkan portal Al Jazeera “Syrian refugees in Lebanon, Jordan try to stay warm”.

“ Pelarian yang tinggal di khemah pelarian haram di Bar Elias bertarung untuk memanaskan badan. Kebanyakan khemah menggunakan tunku dapur untuk memanas dan memasak kerana mereka tidak mampu untuk membeli kayu atau diesel.

Berbeza dengan situasi di Turki, kehidupan pelarian Syria di Lubnan lebih perit kerana berdepan dengan pelbagai isu.

Suhu sejuk melampau di Lembah Bekaa memaksa pelarian membakar apa saja termasuk bahan toksid untuk mendapatkan haba.

Tiga perempat daripada mereka hidup di bawah paras kemiskinan dan 9 daripada 10 keluarga terpaksa berhutang.

Sebahagian besar mereka terpaksa menganggur dan bergantung kepada ihsan bantuan masyarakat antarabangsa kerana negara berkenaan turut berdepan dengan kemelut ekonomi yang kritikal.

Menurut Penyelaras Awam Suruhanjaya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR), Sarah Farou, ribuan keluarga Syria dan Lubnan memperoleh pendapatan kurang USD$6 sebulan.

Sebelum ini, bagi membantu pelarian, pada setiap musim sejuk PBB memberi bantuan berbentuk tunai USD$370 kepada pelarian Syria yang layak dan juga kepada rakyat Lubnan.

Namun, berikutan kekurangan dana, jumlah penerimanya semakin kurang setiap tahun.
Bagi mereka, apa sahaja ikhtiar hidup dilakukan bagi mengelak diri dari mati kesejukan. Apa sahaja bahan yang boleh dibakar dan menghasilkan haba dikutip dan dikumpul.

Advertisement

“Kebanyakan orang tidak mampu untuk membeli kayu dan mereka mendapatkan plastik untuk dijadikan bahan bakar di rumah mereka,” kata Saleh Mustafa, pelarian Syria yang menghuni di kem Bar Elias.

Bagi pelarian yang bekerja di kilang lampin pakai buang, mereka sanggup menerima produk yang rosak sebagai habuan kerja lebih masa.

Bagi pelarian berkenaan, ia satu keperluan sama seperti gaji.

“Mana-mana yang rosak, wanita-wanita mengambilnya dan memanfaatkannya. Mereka bawa pulang. Mereka boleh jadikan bahan bakar untuk roti, mereka boleh letak sekali dengan kayu,” kata pengurus kilang berkenaan yang menggaji 30 pekerja kepada Al Jazeera.

Bagi Lala Hamdan Khamis, , lampin pakai buang yang rosak dapat digunakan untuk dijadikan bahan untuk memasak selain memanaskan kediaman.

Dia yang berasal dari timur Syria memaklumkan membayar LP5,000 atau USD$2.50 untuk membeli berbeg-beg lampin kerana ia jauh lebih murah berbanding kayu.
Itu baru cerita bahan api, belum lagi bekalan makanan dan pakaian di musim sejuk. /Foto arkib Syria Care

* RAZALI AWANG adalah sukarelawan Media Syria Care yang menulis untuk KUSEMAN.COM

Advertisement
Please follow and like us:

Author / Editor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *