OLEH RAZALI AWANG

Berpuluh nyawa menjadi korban di Idlib apabila regim Bashar al Assad dan sekutunya berterusan mengkhianati “gencatan senjata”di utara Syria seperti yang diumum minggu lalu.

Kebanyakan mangsa terbunuh selepas kawasan awam dan lokasi strategik seperti kilang yang berterusan menjadi sasaran bom dan roket.

Menurut The Guardian, sekurang-kurangnya 21 orang maut meskipun Moscow mengisytiharkan pelaksanaan gencatan senjata berkuatkuasa 12 Januari 2020.

“Kami yang hidup di sini tidak mengetahui adanya gencatan senjata atau ia sekadar momokkan media. Di kawasan ini tiada gencatan senjata, orang ramai ketakutan. Pasar kosong,” kata Sari Bitar, kepada agensi berita AFP.

Rusia hanya bersandiwara melancarkan gencatan senjata pada 12 Januari lalu, realitinya serangan tetap diteruskan.

Jelasnya lagi, keadaan semakin teruk kerana tiada lagi tempat untuk melarikan diri. Hari demi hari, serangan tanpa henti menyebabkan secara geografi keadaan menjadi semakin mengecil.

Situasi di Idlib semakin kritikal kerana serangan tanpa henti telah memaksa hampir sejuta mereka yang berada di selatan wilayah itu menyelamat diri ke kawasan selamat yang bersempadan dengan Turki.

Advertisement

Sejak Disember lalu, lebih 350,000 orang telah melarikan diri, menyebabkan keadaan menjadi begitu sesak.

Angka itu menjadikan jumlah keseluruan pelarian baru yang tiba di situ sejak sembilan bulan lalu kini mencecah 750,000 orang.

Perang tidak mengenal mangsa, kanak-kanak turut menjadi korban keangkuhan.

Dalam kenyataan pada Khamis, International Rescue Committee memberi amaran sekiranya serangan berterusan 650,000 orang lagi akan tiba untuk menyelamatkan diri.

Meskipun mengisytiharkan gencatan senjata, pencabulannya berlaku hampir setiap masa.

Regim dan sekutunya berterusan melancarkan operasi di kawasan berhampiran bagi menguasai Lebuhraya M5 yang menghubungkan Damsyik dengan Aleppo. Kawasan ini pernah menjadi pusat kewangan negara itu sewaktu sebelum konflik. /Foto Syria Care

  • RAZALI AWANG adalah sukarelawan Media Syria Care yang menulis untuk KUSEMAN.COM
Advertisement
Please follow and like us:

Author / Editor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *