OLEH RAZALI AWANG

Bukan 500,000, bukan juga 700,000 tetapi jumlah pelarian i dari kawasan selatan Idlib dan sebahagian Hama telahpun melebihi 800,000 orang dalam tempoh dua bulan.
Lebih membimbangkan, 60 peratus daripada jumlah itu adalah kanak-kanak.


Kebanjiran mereka dijangka berterusan ekoran pertempuran tanpa henti dalam usaha tentera regim Bashar al Assad dan sekutunya, Rusia menguasai kawasan strategik yang masih berada di bawah pengaruh kumpulan anti kerajaan


TRT World melaporkan, pada Selasa sehingga Khamis, lebih 140,000 penduduk terpaksa melarikan diri ke kawasan selamat.
Penguasaan semula Lebuhraya M5 yang menghubungkan bahagian selatan dan utara Syria, oleh tentera regim dan konco-konconya turut memberi impak besar kepada pelarian.

Pelarian kanak-kanak ini terdedah dengan keadaan sejuk yang melampau dan penyakit.

Mereka yang berada di sekitarnya dilaporkan cuba menyelamatkan diri dari terperangkap dengan sebarang pertempuran kedua-dua pihak di situ.

Kebanyakan kampung dan bandar di sepanjang laluan berkenaan dilaporkan telah kosong di mana beribu orang menyelamatkan diri ke utara yang bersempadan dengan Turki.

Advertisement


Dalam keadaan yang begitu mendesak, ketiadaan tempat berteduh dengan cuaca sejuk yang semakin memburuk di utara Idlib, ia menjadi satu cabaran besar.

Beginilah keadaan kanak-kanak pelarian Syria yang mencari tempat selamat dalam konflik di negara itu.

Jurucakap Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi krisis Syria, David Swanson berkata, lebih banyak bantuan diperlukan segera terutama dana bagi menyelamat nyawa pelarian.
“Situasi pemindahan ini diburukkan lagi dengan pertambahan jumlah pelarian yang sehelai sepinggang membanjiri ruang kawasan yang kian sempit”, katanya.

Ulas Swanson lagi, bagi memastikan tidak menjadi sasaran serangan, orang awam melarikan diri di malam hari dengan menempuh cuaca sejuk melampau.
“Krisis menjadi semakin mendalam pada setiap minit, tetapi masyarakat antarabangsa masih dengan sikap acuh tidak acuh,” tambahnya. Foto Syria Care

  • RAZALI AWANG adalah sukarelawan Media Syria Care yang menulis untuk KUSEMAN.COM
Advertisement
Please follow and like us:

Author / Editor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *