Muhyiddin Yassin

Berikut adalah kenytaan media Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yasin pada 22 Februari 2020 mengenai tindakan Peguam Negara, Tommy Thomas menggugurkan tuduhan menyokong LTTE terhadap 12 individu termasuk dua Adun DAP:

1. Saya ingin merujuk kenyataan media yang dikeluarkan oleh Peguam Negara berhubung keputusannya menghentikan prosiding jenayah di mahkamah terhadap individu-individu yang menyokong kumpulan Liberation Tigers of Tamil Eelam (LTTE) pada 21 Februari 2020.

Peguam Negara juga turut menggesa saya selaku Menteri Dalam Negeri supaya mengkaji semula kedudukan LTTE sebagai kumpulan pengganas.

2. Adalah ditegaskan bahawa menurut seksyen 66B (1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001, Menteri Dalam Negeri berkuasa untuk menyenaraikan individu atau kumpulan yang terlibat dalam kegiatan keganasan sebagai Entiti Yang Ditentukan (specified entity).

Penyenaraian entiti berkenaan adalah berdasarkan maklumat perisikan dan keselamatan terkini yang diterima daripada pihak berkuasa seperti PDRM dan lain- lain agensi kawal selia atau pengawasan yang berkaitan.

Tommy Thomas bersama-sama Chin Peng ketika menjadi peguam bagi ketua pengganas komunis itu beberapa tahun lalu.
Advertisement

3. Kerajaan Malaysia telah menyenaraikan LTTE sebagai kumpulan pengganas sejak 12 November 2014. Berdasarkan maklumat terkini yang diterima daripada pihak berkuasa, saya selaku Menteri Dalam Negeri mempunyai asas yang kukuh untuk mengekalkan penyenaraian LTTE sebagai kumpulan pengganas.

Kumpulan ini dipercayai masih mempunyai ideologi yang boleh menimbulkan ancaman terhadap ketenteraman awam dan keselamatan negara.

Justeru, adalah menjadi tanggungjawab pihak berkuasa untuk mengambil tindakan mengikut saluran undang-undang bagi membendung sebarang bentuk penyebaran ideologi dan kegiatan yang berkaitan dengan kumpulan ini.

4. Saya ingin menegaskan bahawa penyenaraian LTTE sebagai kumpulan pengganas adalah terlakluk kepada kuasa Menteri Dalam Negeri yang diperuntukkan oleh undang- undang.

Peguam Negara tidak mempunyai apa-apa kuasa di bawah undang-undang untuk mencampuri urusan yang berada di bawah bidang kuasa Menteri Dalam Negeri.

5. Untuk rekod, selain Malaysia, beberapa buah negara lain turut mengisytiharkan dan mengekalkan LTTE sebagai kumpulan pengganas dalam senarai negara masing- masing. Antaranya ialah India, Kanada, Amerika Syarikat dan United Kingdom.

* TAN SRI DATO’ HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN, Menteri Dalam Negeri

Advertisement
Please follow and like us:

Author / Editor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *