TERKINI: PROGRAM INI DITANGGUH PADA TARIKH YANG AKAN DIUMUMKAN KELAK.

OLEH SAIFUL NUJAIMI ABDUL RAHMAN

MUZIUM Warisan Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia (UPM) akan menganjurkan Bicara Ilmu bertajuk Seni Bina Tradisional Melayu: Falsafah, Estetika dan Sains pada 19 Mac 2020 ini.

Program mengehadkan 60 peserta itu membariskan Prof. Madya Dr. Muhammad Pauzi Abd. Latif (Pengarah Muzium INSTAC-UIA), Prof. Madya Ar. Dr. Mastor Surat (Arkitek Profesional-UKM), dan Prof. Madya Dr. Norazlina Kiram (UPM).

Bicara Ilmu ini bermula 9 pagi hingga 1 tengah hari di Galeri Isi Rumah, Muzium Warisan Melayu, UPM.

Penganjur hanya mengenakan yuran sebanyak RM30 kepada orang awam dan RM20 bagi pelajar – yang merangkumi kos makanan dan sijil penyertaan.

Sebarang urusan atau pertanyaan boleh dikemukakan secara terus kepada Cik Layla menerusi talian 013-987 3455 pada waktu pejabat.

Maklumat lanjut juga boleh dilayari melalui saluran: facebook.com/UniPutraMalaysia, @uputramalaysia, instagram.com/uniputramalaysia, dan youtube.com/user/bppupm

Advertisement
Please follow and like us:

Author / Editor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *