OLEH KAMAL SHUKRI

Sama ada suka atau benci, Tan Sri Muhyidin Yassin telah dilantik oleh Yang Dipertuan Agong sebagai Perdana Menteri ke-8 atas kuasa-kuasa yang telah diperuntukkan kepada Baginda dalam Perlembagaan.

Maka tanggungjawab semua parti yang bergabung khasnya dalam Perikatan  Nasional untuk menyokong Perdana Menteri selagi apa yang dibuat baik untuk negara walaupun mungkin tidak parti.

Seperti yang telah berlaku, rakyat menolak sesuatu yang tidak bersih, pemimpin yang diragui intergritinya dan Perdana Menteri pun telah berikrar untuk mewujudkan barisan Kabinet yang bersih.

Usahlah dicemarkan niat dan usaha suci tersebut dengan mendesak sesuatu yang bukan-bukan. Belajarlah bersatu hati demi kebaikan yang banyak dan mudarat yang sedikit.

Contohilah bagaimana MCA, DAP, Gerakan, Dong Zhong dan lain-lain yang boleh bersatu hati demi kelangsungan dan survival bersama. 

Malulah kepada semua dan segala isi dunia yang sedang memerhatikan untuk mentertawakan kita jika sikap bodoh sombong, tamak haloba, hasad dengki masih terhidang di atas meja santapan.

Inilah peluang terakhir diberi Tuhan untuk kita memperbetul kesilapan 60 tahun lalu atau kita masih bongkak dan tamak untuk mengulang kesilapan yang sama, sanggup berpecah dan berantakan demi kerusi yang mungkin bertahan beberapa tahun sebelum PRU akan datang atau sebelum dijemput Ilahi.

Bersatulah wahai bangsaku demi meyelamatkan agama, bangsa dan negara serta rakyatnya yang pelbagai warna. 

Kepada Tan Sri Muhyidin Yassin, bertawakallah kepada Allah dan lakukan yang terbaik yang anda mampu demi Tuhan untuk rakyat Malaysia. Melakukan satu kesilapan baru adalah lumrah tetapi mengulang satu kesilapan yang sama adalah satu kebodohan.

Perbetulkan niat anda dan teruskan usaha dengan barisan Kabinet yang bersih dan berintergriti. Semoga anda dan kita semua rahmati Allah. InsyaAllah.

KAMAL SHUKRI adalah Timbalan Presiden, Persatuan Linguistik Malaysia.

Please follow and like us:

Author / Editor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *