Tindakan tegas mesti diambil kepada yang tidak endah Perintah Larangan Pergerakan.

YAB Perdana Menteri yang dikasihi, semalam saya lihat video menunjukkan orang ramai berkeliaran di pasar Air Itam Pulau Pinang, melanggar ‘perintah berkurung’.

Mereka tidak hiraukan arahan polis. Kalau YAB tengok, saya pasti YAB akan naik darah.

Apakah rakyat yang taat kepada arahan, dan kerajaan akan berdiam diri dengan sikap manusia yang jahat sebegini?

Suka kami cadangkan supaya kerajaan mengenal pasti penduduk kawasan-kawasan yang ingkar dan kenakan mereka perntah berkurung seketatnya.

Di sini bolehlah menggunakan Khidmat tentera dan polis dengan cara yang akan membuatkan mereka akur.

Di kawasan kawasan yang akur kepada arahan kerajaan, tindakan seperti diatas itu mungkin tidak diperlukan.

YAB tak perlu was- was dalam mengambil tindakan ini, kerana ia untuk kesejahteraan rakyat Malaysia keseluruhannya.

Kami rakyat Malaysia tidak rela menanggung musibah kerana perbuatan manusia yang tidak bertanggung jawab dan jahat.

OLEH DATO PROF EMIRITUS DR HASHIM YAACOB dan ADI SUKMA

Advertisement
Please follow and like us:

Author / Editor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *