Prof Emeritus Dr Ahmad Bukhari Lubis

BANGI, 24 Rejab 1441H, Khamis – “Apa bendanya ini” demikian respon spontan tokoh bahasa, Prof Emeritus Dr Ahmad Bukhari Lubis ketika diajukan soalan berkenaan tindakan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menawarkan program penguruan kepada pelajar lepasan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC).

Beliau yang terkejut dengan berita tersebut menyifatkannya sebagai satu pengiktirafan kepada sistem pendidikan berkenaan yang berkiblatkan silibus dari Taiwan.

Pada masa sama, beliau juga merasakan tindakan KPM itu umpama `membuka pintu’ kepada cubaan untuk mengiktiraf perkara lain berkenaan pendidikan Cina.

“Saya secara peribadi tak setuju, takut ini membuka pintu nanti, dia nak tambah lagilah pengiktirafan itu.

“Saya terkejut, ini bermakna sijil ini secara sebelah pihak telah diiktiraf,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net hari ini.

Mengulas lanjut, Prof Ahmad Bukhari mendakwa, isu melibatkan pendidikan Cina tidak akan mempunyai sebarang titik nokhtah walau siapapun parti politik yang memerintah.

Beliau berpendapat, kerajaan telah mengambil `jalan tengah’ dalam menangani isu UEC kerana merasakan keputusan yang dibuat ada baik dan buruknya mengikut pertimbangan mereka.

“Saya agak mereka seolah-olah mahu ambil jalan tengah supaya jangan banyak sungutan lagi.

Advertisement

“Sekolah jenis kebangsaan ini hapuskan sahaja, (kita) kena belajar dari indonesia (bagaimana mereka selesaikan masalah ini).

“Mereka mahu mentaiwankan Malaysia melalui UEC, kita faham semua orang ada semangat bangsa tapi kini mereka rakyat Malaysia kena ikut kontrak sosial dan pelbagai lagi peraturan,” katanya.

Terdahulu, KPM didapati mengeluarkan iklan pengambilan khas Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) dengan Kepujian bagi calon laluan khas UEC.

Program itu dikhususkan untuk melatih bakal guru di Institut Pendidikan Guru (IPG) yang ditetapkan oleh KPM dalam pelbagai bidang pengkhususan bagi keperluan di sekolah rendah.

Dari segi syarat akademik, pemohon hendaklah lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperoleh sekurang-kurangnya gred kepujian dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris serta Sejarah.

Sementara itu, bagi syarat tambahan untuk lulusan UEC, pemohon mesti memiliki sekurang-kurangnya tiga gred kepujian di peringkat Sijil Senior Middle Level (UEC-SML).

Bidang pengkhususan yang ditawarkan adalah Bahasa Cina Pendidikan Rendah bagi lulusan UEC. – ISMAWEB

Advertisement
Please follow and like us:

Author / Editor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *